SEJARAH PENIOUAN DALAM PAS.


Ahmad Mohamad Afendi


Penulis ini menulis sejarah yang benar. Saya mohon penulis ini tulis juga sampailah ke sejarah bagaimana Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dikhianati oleh Pemimpin PAS Kelantan sendiri.

.

Kena khianat yang bagaimana? Dimana Almarhum dibohongi supaya melewatkan kehadiran ke Istana Kelantan bagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan sebab Pemimpin PAS Kelantan nak angkat orang lain sebagai MB Kelantan.


Penulis ini sudah tentu tahu sejarah itu. Dia sangat tahu. Itu dalam pengetahuan dia. Bagaimana saya begitu yakin yang penulis ini tahu?

.

Kerana Pasar Ikhwan di Putrajaya, siapakah dia Abuya, kerana itulah.



Dato Nik Amar



 Dalam satu mesyuarat bersama PAS Pusat ketika itu, PAS Pusat meminta Datuk Mohamed bin Nasir meletakkan jawatan, namun beliau enggan. Oleh itu, PAS tidak ada pilihan. Setelah berbincang dengan PAS Negeri Kelantan, keputusan diambil untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam Dewan Undangan Negeri. Pada persidangan yang diadakan pada 10 Oktober 1977, usul ini diluluskan dengan 20 undi menyokong dan 16 undi menentang, kerana pada waktu itu kita memiliki lebih banyak wakil rakyat berbanding UMNO. Dengan itu, jawatan Menteri Besar akhirnya tergugur.


Kemudian, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Hussein Onn, mengambil kesempatan dengan membentangkan Usul Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat 1977 di Dewan Rakyat pada 8 November 1977 untuk mengisytiharkan darurat di Kelantan. Wakil-wakil rakyat PAS yang dipimpin oleh Datuk Mohamed Asri bin Muda, Presiden PAS ketika itu, menentang usul ini meskipun kita berada dalam kerajaan campuran Barisan Nasional. Akhirnya, PAS membuat keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional. Namun, dua orang tidak turut serta—Datuk Mohamed bin Nasir dan Datuk Hasan Adli bin Mohd Arshad, Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, yang dikenali sebagai Panglima Jihad PAS. Mereka enggan memutuskan hubungan dengan Barisan Nasional.


Penentangan 11 Ahli Parlimen PAS terhadap Rang Undang-Undang tersebut menyebabkan PAS disingkirkan daripada gabungan Barisan Nasional. Akhirnya, darurat diisytiharkan di Kelantan selama tiga bulan, melumpuhkan parti sepenuhnya. Ceramah dilarang, aktiviti politik disekat, dan PAS terus diserang dengan pelbagai fitnah, terutama tuduhan bahawa pimpinan PAS korup dan terlibat dalam rasuah balak. Sementara itu, Datuk Mohamed bin Nasir ditampilkan sebagai pemimpin yang jujur dan baik, manakala PAS dilihat sebagai pihak yang ingin menjatuhkannya kerana beliau tidak sehaluan.


Sentimen ini disebarkan melalui media massa seperti surat khabar, TV dan radio, sehingga berjaya mempengaruhi pandangan rakyat. Pada pilihan raya negeri Kelantan yang diadakan berasingan pada 11 Mac 1978, PAS mengalami kekalahan besar, hanya berjaya mempertahankan dua kerusi, iaitu Sering (Haji Nik Abdullah Arshad) dan Manik Urai (Wan Abdullah Wan Su). Kerajaan PAS yang memerintah selama 18 tahun tumbang.


Selepas kekalahan ini, PAS berdepan dengan pelbagai cabaran. Aktiviti ceramah menjadi sukar kerana rakyat tidak lagi mempercayai pimpinan PAS, bahkan penyokong PAS sendiri enggan menghadiri ceramah. Sekalipun ceramah diadakan, penceramah dihina dan dicemuh. Hanya beberapa orang yang masih mampu berceramah pada masa itu, termasuklah Tok Guru Nik Aziz, ayahanda saya, Dato' Omar bin Mohamed, dan beberapa tokoh lain.


Dalam keadaan tertekan ini, PAS Kelantan menubuhkan Jemaah Pesuruhjaya PAS Negeri kerana tiada siapa yang berani memikul jawatan Pesuruhjaya secara individu. Jemaah ini dipengerusikan oleh Senator Mohd Amin Yaakub, yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar. Ahli jemaah ini termasuk Haji Mohd Amin (Pengerusi), Haji Nik Abdullah Arshad (Timbalan Pengerusi), Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar (Timbalan Pengerusi), Haji Hassan Mohamad (Timbalan Pengerusi), Ustaz Ismail Awang (Setiausaha), dan Wan Mahmud Wan Sulaiman (Bendahari).

 

Cabaran ketika itu adalah untuk menggerakkan parti dalam keadaan serba sulit, di mana ceramah tidak mendapat sambutan dan keyakinan terhadap parti hampir lenyap. Bagaimana kita dapat menghidupkan kembali semangat perjuangan, memegang erat ahli-ahli PAS, dan mengembalikan kepercayaan mereka kepada parti dan pemimpin?


Bersambung...