MENIRU PAGE PUKAS.


PUKAS


 Berlegar Tangkap Layar Fitnah Menggunakan Akaun Palsu Nama PUKAS Malaysia



Bagi yang mengikuti pendedahan PUKAS Malaysia sejak awal akan dapat memahami bagaimana gerak kerja dan laras bahasa pendedahan yang PUKAS gunakan. Antaranya PUKAS Malaysia tidak aktif di ruangan komen seperti yang dilakukan oleh akaun-akaun palsu atas nama PUKAS Malaysia. 


Apabila isu GISBH meletup terutama waktu Sidang Media yang diwakili oleh Mokhtar Tajuddin tempoh hari, di situ telah terbit 3 hingga 4 halaman Facebook palsu di atas nama PUKAS Malaysia. Mereka dari kumpulan media GISBH yang bertujuan untuk membuat komen fitnah bagi mengelirukan orang ramai. 


Setelah berlaku serbuan pihak berkuasa di Bandar Country Homes Rawang. Halaman-halaman palsu ini turut hilang bersama. Setelah itu, wujud akaun-akaun lain yang menyebar keratan tangkap layar dari akaun palsu yang menfitnah PUKAS dengan kenyataan murahan dan sangat tidak ilmiah.   


Oleh itu, pihak Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS Malaysia) menafikan tangkap layar seperti di atas yang sedang berlegar di pelbagai platfom media sosial itu bukan milik PUKAS Malaysia. Segala kenyataan rasmi pihak PUKAS Malaysia hanya di hantaran halaman ini dan akaun kedua Pusat Kajian Ajaran Sesat sahaja.