ANWAR BERTEMU PEGAWAI TERTINGGI JAKIM.


 Mengadakan pertemuan bersama pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini untuk berbincang beberapa perkara terkait hal ehwal Islam di Malaysia.






Platform ini penting mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya mengenai prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara, yang menagih kebersamaan antara agensi persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia.


Pertemuan ini turut menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman ahli sunnah wal jaamah, justeru menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh JAKIM dan agensi penguat kuasa bagi menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang sehingga ke akar umbi.


Intiha, saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI mengambil serius perkara sebegini yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia. 


Moga Allah melindungi kita dan negara ini daripada sebarang bahaya dan ancaman yang menyimpang dan boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat kita.


#MalaysiaMADANI