Bagaimana Duit Bantuan di curi?
.
(Ini kisah benar yang berlaku di Kedah)
.
Banjir di Kedah tidak asing lagi apabila menjelang bulan 9, hujan akan turun bukan kepalang menaikkan paras sungai sehingga melimpah.
.
Rumah yang kebiasaannya akan dinaikkan air setiap kali masuk bulan 9 akan sentiasa dinaiki air. Mereka tidak dapat lari dari masalah ini kerana untuk memastikan air tidak naik mereka kena tambak tanah.
.
Itu semua duit, dan pemilik rumah itu bukanlah orang berduit.
.
Apabila banjir berlaku, pusat pemindahan sementara mula dibuka. Jabatan dan agensi kerajaan baik negeri dan pusat bertungkus lumus untuk menyelia mangsa banjir ini dengan kemudahan perlu.
.
Dan, apabila agensi mula mengumum bantuan, itulah bahagian paling memberikan ketenangan kepada mangsa banjir. Dapatlah mereka gunakan bantuan ini untuk menampung apa yang telah hilang.
.
Malangnya, agensi meletakkan syarat. Dan syarat ini di eksplotasi oleh "pencuri bantuan". Siapa pencuri bantuan?
.
Mereka yang rumahnya berada dalam alamat kawasan banjir, tapi rumah tak masuk air pun. Syarat jelas oleh agensi adalah oenerima bantuan mesti mangsa banjir yang menetap di pusat pemindahan sementara.
.
"Pencuri bantuan" ini, rumah mereka tak masuk pun air. Tak terjejas pun alatan rumah mereka. Malah tikar getah pun tak masuk air walaupun setitis. Air banjir hanya lalu di tepi rumah sahaja.
.
Tapi mereka ini sibuk mengemas beg berpindah bersama sama mangsa banjir di pusat pemindahan, kenapa?
.
Kerana bantuan banjir HANYA diberikan kepada mereka yang ada di pusat pemindahan banjir.
.
Ada seorang makcik, rumahnya naik air sampaikan habis rosak tikar getahnya. Peralatan eletronik dilapik bata sampai tingginya melebihi tinggi orang. Dia terpaksa keluar dari rumah dan duduk dengan anaknya.
.
Makcik ini TIDAK mendapat bantuan banjir, sedangkan dia mangsa banjir. Kenapa?
.
Kerana makcik ini tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara. Kenapa dia harus berpindah ke sana sedangkan anaknya boleh menjaga keberadaannya?
.
Semoga Allah SWT panjangkan rezeki makcik ini kerana ketiadaannya di pusat pemindahan memberikan ruang kepada mangsa banjir yang sangat memerlukan.
.
Namun, makcik ini tetap mangsa banjir. Dan tidak mendapat sebarang bantuan dari agensi.
.
Mana kala, "pencuri bantuan", mereka mencuri duit yang sepatutnya diterima oleh orang yang benar benar mangsa kepada banjir. Orang yang rumahnya rosak punah disebabkan banjir.
.
"Pencuri bantuan" ini rumahnya hanya air banjir sahaja lalu, itu pun, dia berkehendak untuk mencuri hak dari bantuan orang lain.
.
Semoga Allah SWT sempitkan rezekinya.
.
Itu kita tidak ceritakan lagi bagaimana 'kawaq" - atau, pencuri yang pecah masuk rumah mangsa banjir untuk mencuri barangan berharga dalam keadaan mangsa banjir sedang berada di Pusat Pemindahan.
.
Kalau tak kena tangkap dengan orang kampung, tak mengapa. Kalau tertangkap, tak sempat sampai balai polis, pencuri ini akan singgah dahulu di unit ICU Hospital Besar.
.
Namun, kenapa nak mencuri dalam keadaan orang ditimpa musibah? Sebab duit mudah, dan terpengaruh dengan dadah. Itu sahaja.
.
Dadah merbahaya.
.
Oh, satu lagi, kelmarin, saya terlihat kelibat Hyundai Palisade hitam yang diiringi oleh motosikal polis peronda. MB Kedah berkejar-kejar nak melawat mangsa banjir selepas pulang dari Jepun.
.
Sedangkan MB Selangor sewaktu banji besar Selangor sanggup membatalkan perjalanan luar negara kerana ingin bersama rakyat sewaktu susah. MB Keda pula tiada siapa yang memaklumkan kepadanya bahawa setiap bulan 9, negeri Kedah akan masuk fasa bencana banjir.
.
Akhirnya, untuk menjaga reputasi, MB Kedah mengeluarkan kenyataan "Saya mana tahu Allah SWT hendak bagi banjir".
.
Sebagai rakyat Kedah, saya hanya mampu diam sahaja.
.
Pertama, saya tak undi dia.
.
Kedua, jawapa beliau terlalu hebat.
.
Pun begitu, Kedah akan berada lagi di bawah pemerintahan PAS untuk beberapa penggal akan datang.
.
Kerana mengaitkan Allah SWT sebagai alasan adalah hujah muktamad yang diterima oleh hampir semua rakyat Kedah. Kalau Gunung Jerai sebagai tapak kaki Nabi Adam AS pun kami boleh percaya.
.
Apa lagi kalau alasan "Saya mana tahu Allah SWT hendak bagi banjir".
.
Allah SWT memberi kepada manusia kebijaksanaan dalam memahami tanda tanda kebesaran-NYA, salah satunya, Allah SWT akan memberi tanda sebelum berlaku musibah.
.
Sebelum kepala air jatuh dari air terjun, diberi tanda tiba tiba air terjun menjadi keruh.
.
Semua bala, sebelum berlaku, akan datang tandanya.
.
Cuma Allah SWT tak mengurniakan kebijaksanaan ini kepada MB Kedah untuk memahami tanda tanda ini, sedangkan semua rakyat Kedah yang duduk di kawasan banjir, apabila masuk bulan 9, akan berjaga jaga.
.
Weh, saya nak tulis pasal "pencuri bantuan", apahal saya melalut sampai ke MB Kedah?
.
Ya Allah, apa yang terjadi pada saya ini? Adeh.