PENDEDAHAN RAMAI TIDAK TAHU APA YANG PMX PERNAH LAKUKAN UNTUK M. NASIR &...


Apa yang orang Melayu kena tahu tentang jiwa Anwar. Anwar bukan hanya selamatkan karier M.Nasir. Banyak cerita sebenarnya (untold story) bagaimana Anwar telah menyelamatkan atau membantu ramai pihak. Tapi Anwar jenis orang yang tidak mahu menghebahkan bentuk bantuan yang dihulurkan. Sebab itu ada yang bertanya kenapa Najib dalam penjara sanggup ucapkan Selamat Ulang Tahun kepadanya. Hanya yang tahu sahaja budi pekerti Anwar memahami kenapa kawan dan lawan menghormati beliau. Dalam parti ahlinya menggelar Presiden mereka ‘pemaaf tahap dewa’. Ada yang suka pendirian itu ada yang kurang senang. Sebab itu dicaci hina bagaimana sekalipun oleh Sanusi, Anwar tetap turun ke Kedah memberi bantuan dan membawa pelaburan untuk negeri tersebut. Begitulah juga di Kelantan, Perlis dan Terengganu. Perjuangan beliau bukan untuk peribadi. Baginya biarlah Sanusi hinanya tetapi orang Melayu yang miskin di Kedah itu mesti dibela. Ia bukan soal Anwar vs Sanusi tetapi baginya rakyat marhaen mesti dibela. Bila M. Nasir sambut hari kelahiran Anwar baru-baru ini ramai yang terkejut. Akhirnya dibuka kisah lama apabila M. Nasir pada tahun 1996 pernah digam kerana mengatakan ‘Siapa Mahathir’. Teruk M. Nasir dikritik kerana dianggap penghinaan. Cerita sebaliknya disalah erti oleh wartawan kerana tidak menghormati keadaan keluarga M. Nasir ketika itu. Megat Junid mahu menghalang karya M. Nasir tetapi dihalang oleh Anwar yang ketika itu memangku tugas PM yang keluar negara. Alhamdulillah M. Nasir insan yang tidak pernah lupa dan menghargai jasa beliau. Tapi ramai tak tahu cerita yang hampir serupa apabila kumpulan KRU sembilan daripada 10 lagu dari album debut mereka album ‘Canggih’ diharamkan dari radio pada 1992. Malah konsert KRU turut diharamkan selepas mendapat bantahan dari beberapa ahli politik. Isu KRU diperkatakan begitu meluas sehingga ianya turut dibahaskan pada mesyuarat Jemaah Menteri. Pada tahun 1997 isu KRU sekali lagi menjadi isu panas apabila membuat lagu duet bersama Allahyarham P. Ramlee. Pada masa Anwar menjadi pemangku Perdana Menteri mengumumkan KRU seharusnya dibenar meneruskan kerjaya muzik mereka.




No comments: