Benci setegha mana pun pada orang yang berkampung di kubur ulama dan waliya', tahan mulut itu sedikit daripada memanggil mereka 'penyembah kubur'. Ucapan itu jika tidak bertakwil, secara zahirnya menghukumkan mereka itu kafir atau musyrik kepada Allah. Jika ada ruang untuk husnuzzan dan cuba faham apakah perbuatan mereka itu menepati syarat² 'sembahan' benda selain Allah atau kerana sentimen kecintaan yang melampau pada ahli kubur?. Silap hari bulan, tuduhan syirik tu berbalik kepada kita. Jangan ingat kerana kita 'pendokong sunnah', otomatik kita maksum daripada kesalahan hatta kesyirikan.
Salafussoleh yang sebenar tidak bermudah² mentakfirkan sesama Islam. Kecuali puak Khawarj dan penerus fikrah² ektremisme yang mudah mentakfirkan orang lain. Bukan semua yang hidup pada era Salafussoleh itu soleh dan muktadil. Ada yang sesat dan merosakkan perpaduan ummah.
Seperti mana kita cuba untuk berhusnuzzan dengan fikrah yang mengisbatkan makna ayat² sifat (Tuhan ada tangan tapi tangan yang sesuai bagiNya) sebagai satu tafsiran nas, walaupun indikasinya pada fikrah tasybih makhluk sangat identik.
Walaupun sukar untuk terima, kita (baca saya) masih cuba husnozzan ianya satu kaedah pemahaman. Maka begitu juga berkenaan isu kubur, capal dan seumpamanya. Ini tidak, landang sungguh menyebut sembah kubur la, sembah capal la.. La hawla wala quwwata illa bilLah.
Betul, kita tidak dapat elak daripada semangat ekstrimisme, tetapi ada ruang lagi untuk membuang sifat takfiri dengan cara berhusnozzan dengan orang lain.
Amalan² di negara seberang tidak berlaku pun di negara kita. Kalau ada pun, akan dipantau-dibanteras oleh pihak berkuasa agama. Saya tidak menyokong pun amalan berkampung di kubur secara keterlaluan sehingga menjadi pesta. Namun kena ingat, saya pun tidak suka dengan fahaman wahhabi-salafi ekstrem yang gemar memusyrikkan orang lain.
Dr. HK
13.8.2024