SELEPAS TABUR FITNAH DAN MENGHASUT! MINTA MAAF MAHUSIN TEMPELAK ULARMAK!


Masyarakat Orang Asli mahukan pembelaan berterusan daripada kerajaan negeri serta Persekutuan, bukannya secara bermusim khususnya ketika berlakunya pilihan raya. Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Nasir Dollah berkata, masyakat itu juga sudah terbuka menerima mana-mana parti untuk datang berkempen. Oleh itu katanya, jangan sesekali mempermainkan masyarakat Orang Asli kerana mereka juga mampu membuat pilihan dengan baik. "Kalau dulu orang Umno tak bagi PAS masuk, kini saya bagi tahu pemimpin masyarakat Orang Asli ia melanggari prinsip, konsep demokrasi. "Kita terbuka bagi peluang kepada mana-mana datang untuk berkempen, sistemnya demokrasi. Kalau kamu menyekat mana-mana parti masuk berkempen, kamu jangan buat demokrasi. ‘PAS dan Umno dua kali lima’ Bagaimanapun dia mengakui bahawa sama ada Umno atau PAS, kedua-dua parti itu sama ‘dua kali lima’. "Kami macam tak ada pilihan. Nak undi PAS pun sama saja, nak undi Umno dua kali lima," katanya ketika ditemui di Kampung Langsat, Kuala Betis,Gua Musang. Pengundi Orang Asli merupakan kumpulan yang setia kepada BN khususunya di DUN Nenggiri sejak sekian lama. Pada PRN yang berlangsung Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperolehi 5,707 undi. PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini, manakala hari mengundi awal yang pada mulanya ditetapkan pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi yang terbabit memilih mengundi secara pos. Mengulas lanjut, Nasir berkata pihaknya mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan Persekutuan dan negeri kerana mahu memastikan masyarakat Orang Asli mendapat manfaat sewajarnya. "Bila isu tanah kita boleh ke kerajaan negeri, bila isu keperluan asas kita boleh ke Persekutuan. "Orang Asli adalah undi penentu, sebut saja DUN Galas, sebut saja DUN Nenggiri untuk PRK kali ini, Orang Asli undi penentu," katanya lagi.




No comments: