KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM 15-45% : PERINCIAN & TARIKH PELAKSANAAN



Kerajaan umum khabar gembira kenaikan gaji penjawat awam 15 sehingga 42 Peratus. Khabar gembira itu bakal memanfaatkan jutaan penjawat awam di seluruh negara.

Sebagai usaha dalam meningkatkan kesejahteraan mereka, gaji penjawat awam menerima kenaikan signifikan antara 15 hingga 42.7 peratus. Ini merupakan sebahagian daripada langkah Kerajaan MADANI untuk memastikan golongan penjawat awam menikmati taraf hidup yang sejahtera.

Kenaikan gaji ini ekoran penilaian semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bertujuan dalam memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang menyumbang dalam sektor awam.

KADAR KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM

Berikut adalah kadar kenaikan gaji penjawat awam mengikut gred:

  • Gred 19: Kenaikan sehingga 47% dari gaji asas RM1,352.
  • Gred 44: Kenaikan sebanyak 20% dari gaji asas RM3,359.
  • Gred 58: Kenaikan sebanyak 15% dari gaji asas RM5,125.

Baca Juga : Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Penerima

Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka bakal menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sehingga 42.7 peratus.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengesahkan bahawa gambaran secara umum mengenai peningkatan gaji penjawat awam ini akan diumumkan bermula minggu hadapan, untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang perubahan gaji yang dijangka.

TARIKH PELAKSANAAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM

Kenaikan gaji penjawat awam ini akan mula dilaksanakan bermula 1 Disember 2024. Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bermula 1 Disember 2024

Peningkatan gaji ini bakal memberi kesan ketara dalam kalangan kumpulan pelaksana, sementelahan kumpulan pengurusan meliputi Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Pengarah akan menerima impak yang lebih sederhana.

Selain itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut memaklumkan bahawa pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang giat meneruskan pendaftaran syarikat yang ingin terlibat dalam program dasar gaji progresif. Ini merupakan sebahagian langkah proakti untuk membantu sektor swasta dalam meningkatkan pendapatan pekerja swasta.

Dengan kenaikan ini, semoga penjawat awam akan dapat menikmati peningkatan mutu dalam kesejahteraan hidup mereka dan terus memberikan khidmat cemerlang kepada masyarakat.

 

No comments: