Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, yang akan diadakan Jumaat ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan Kompetensi) Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Datuk Dr Haniff Zainal Abidin berkata pengumuman tersebut dijangka menarik perhatian ramai, terutama para penjawat awam.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews