CENDIAKIAWAN MEMBANTU SESAMA.

 

Zamri Zainal Abidin


'Circle' PMX Anwar Ibrahim ialah cendikiawan khasnya cendikiawan Muslim dari seluruh dunia. Prof. Yunus adalah rakan lama beliau yang terkenal dengan Bank Grameen. Bank yang tujuan dan gerakerjanya adalah menjana ekonomi mikro melalui kredit mikro kepada golongan marhaen menceburi bidang perniagaan yang dapat menyara hidup mereka. Anwar pula terkenal kerana penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang tujuan dan pendekatan yang sama.


Anwar Ibrahim. 


Pendek kata Anwar dan Yunus memiliki jiwa yang sama, jiwa untuk rakyat.

Malam tadi saya telah membuat panggilan telefon kepada sahabat lama saya, Prof. Muhammad Yunus, bagi mengucapkan tahniah dan bertanyakan khabar susulan pelantikan beliau sebagai Ketua Penasihat kepada Kerajaan Interim Bangladesh baru-baru ini. 


Prof. Yunus mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia. Justeru, saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu.


Saya juga gembira dengan jaminan yang diberikan oleh beliau untuk melindungi dan memberi layanan yang saksama kepada semua warga Bangladesh termasuk golongan minoriti.


Prof. Yunus turut menjemput saya untuk melakukan lawatan pendek ke Bangladesh dalam masa yang terdekat bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara.


ANWAR IBRAHIM


---------


Yesterday I made a phone call to my old friend, Prof. Muhammad Yunus, to congratulate him personally on his recent appointment as the Chief Advisor for the Interim Government of Bangladesh.


Prof. Yunus has long-standing good ties with Malaysia. Thus, I assured him that Malaysia stands ready to help and support the interim Government in rebuilding and restoring peace and security in Bangladesh.


I am very pleased that Prof. Yunus has given his assurances to protect the rights of all Bangladeshis including minorities.


Prof. Yunus also has invited me to undertake a short visit to Bangladesh as soon as possible to further strengthen the brotherly relationship between the two countries.


ANWAR IBRAHIM




No comments: