YB PAS SENGAJA CETUS FITNAH DENGAN BENDERA NEGARA CHINA PADA REPLIKA NAGA

 Ahmad Mursi


1. Replika Naga 588 kaki itu direka khas sempena sambutan Ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.


2. Bendera Malaysia diletakkan di satu sisi replika Naga, dan bendera China di satu sisi lain. Tonton di sini:


https://www.facebook.com/watch/?v=420865770281995


3. Ada Wakil Rakyat PAS hanya tunjukkan video yang menampakkan Bendera China. Banyak komen2 walaun di post itu membawa mesej bahawa komuniti Cina di Malaysia tidak setia dengan Malaysia. YB PAS itu sengaja membiarkan fitnah itu berlegar.


4. Replika Naga itu diarak oleh 180 pelajar dari Negeri Melaka dan Negara China sebagai tanda persahabatan.


5. 17 Januari lalu, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa, 2024 adalah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia - China apabila termetrai Kenyataan Bersama antara PM Tun Abdul Razak dan PM China Chou En-Lai pada 31 Mei 1974.


https://www.kln.gov.my/web/guest/-/ulang-tahun-ke-50-penubuhan-hubungan-diplomatik-antara-malaysia-dan-republik-rakyat-china


6. Pelbagai program dirancang antaranya pertukaran lawatan peringkat tinggi, pengeluaran setem peringatan, forum perniagaan dan persembahan kebudayaan.


7. Strategi PAS memainkan isu perkauman dan agama akan meruntuhkan keharmonian yang telah dibina sejak sekian lama.


Ahmad Mursi



No comments: