Pejuang kemerdekaan kadangkala tidak terukir namanya dalam sejarah kerana sejarah ditulis oleh pihak yang berkuasa. Abdullah CD, pengorbanan dan usahanya untuk memerdekakan Tanah Melayu begitu cemerlang sekali. Begitu juga Mat Indera yang menentang penjajah dianggap sebagai penentang negara. Sejarah memuja Henry Gurney yang dibunuh oleh para pejuang.
Henry Gurney adalah orang yang melaksanakan mandat British untuk mendirikan negara Israel di Palestin. Kemudian datang ke Tanah Melayu menjadi Pesuruhjaya British dan disanjung oleh ramai pihak. Pejuang yang membunuh penjajah Henry Gurney dinobatkan sebagai pengganas. Tetapi nama Henry Gurney yang menjajah Malaysia dan Palestin, diabadikan di beberapa tempat di Malaysia. Walhal beliau adalah penjajah dan berperanan besar mendirikan negara haram Israel dengan merampas tanah rakyat Palestin.
Mohamad Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara
12 Januari 2024