Seorang wakil rakyat PKR mendesak Dr Mahathir Mohamad memohon maaf segera kepada masyarakat India dan Cina, susulan dakwaannya kaum itu tidak setia kepada Malaysia kerana “masih terikat dengan negara asal”.
Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran berkata kenyataan bekas perdana menteri itu dalam satu temu bual terbitan ‘Tanthi TV’ baru-baru ini merupakan satu penghinaan terhadap perpaduan pelbagai kaum yang dibina dengan nilai kesetiaan tanpa berbelah bagi.
“Saya terkilan, sedih dan marah terhadap setiap kenyataan yang keluar dari mulut seorang negarawan yang sepatutnya menjadi figura waras dalam berbicara soal perpaduan, lebih-lebih lagi ia melibatkan sensitiviti masyarakat India dan Cina yang beliau dengan jelas menyebut, ‘They were immigrants from other countries.’ (mereka adalah pendatang dari negara lain).
“Mewakili masyarakat India pelbagai segmen di negara ini, saya menuntut agar Mahathir memohon maaf secara terbuka dengan kadar segera kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya masyarakat India dan Cina yang amat terkesan dengan perspektif dan persepsi tidak waras beliau,” katanya dalam
kenyataan.
Sumber Berita
1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...
2. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...