KES NIK ELIN VS KERAJAAN KELANTAN





Kalu tak silap maklumat alik ambo, esok adalah pendengaran permohonan Nik Elin Nik Rashid vs Kerajaan Kelantan yang mencabar keabsahan 18.5 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di Mahkamah Persekutuan.


Ambo nak oyatnya, kalau Nik Elin sebagai pemohon @ pempetisyen telah dikecam, dihina, diugut sehingga Nik Elin terpaksa membuat laporan Polis (setakat ini dah 3 laporan polis yang berasingan telah dibuat), bagaimana pula nasib 9 orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar permohonan ini, lebih lebih lagi jika permohonan itu memihak kepada Nik Elin???


Apa nak jadi dengan negara ku sehingga isu undang undang dengan isu agama gagal difahami dan dibezakan sehingga menimbul polemik kerana sentimen keagamaan, hilang rasional??? atau mereka sengaja menutup kebenaran dengan menunggang agama??



No comments: