KESALAHAN LIWAT, MAHKAMAH MANA YANG LEBIH PATUT?




Che Ibrahim


1. Mengikut Seksyen 14, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan, kesalahan liwat @ seks luar tabii boleh dihukum denda rm5000 atau penjara 3 tahun dan disebat 6 kali. 


2. Seksyen 377a Kanun Kesiksaan memperuntukkan kesalahan liwat @ seks luar tabii boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat. 


3. Perlu diingatkan hukuman sebat di mahkamah syariah tidak sama dengan hukuman sebat di mahkamah sivil, seksanya orang kata panggil tak dengar. Bagi ambo sebat 50 kali di mahkamah syariah masih tidak setara dengan sebat 1 Kali di mahkamah sivil. Ambo pernah tengok sendiri pelaksanaan hukuman sebat syarie dan sebat sivil di penjara P Chepa. 


3. Isunya sekarang apabila Nik Elin Nik Rashid mencabar keabsahan peruntukkan liwat dalam ekjs (I) 2019 kerana kesalahan yang sama telah ada dalam Kanun Kesiksaan... Apa pandangan kita? 


1. Adakah wajar mahkamah syariah juga diberi kuasa membicara kesalahan liwat, sama dengan mahkamah sivil wpun hukumannya jauh berbeza?


2. Adakah kesalahan dan hukuman liwat dlm ekjs (I) 2019 adalah undang undang syariah, manakala kesalahan dan hukuman liwat di mahkamah sivil bukan undang undang syariah?? 


3. Adakah mempertikaikan kesalahan liwat dlm ekjs (I) 2019 dianggap mencabar undang undang syariah, manakala menyokong kesalahan liwat dalam Kanun Kesiksaan adalah bidangkuasa mahkamah sivil bercanggah dengan Islam?



No comments: