Sedikit tentang ilmu suntingan video buat rujukan korang: Tujuan aku hanya untuk memandaikan umat Melayu yang masih blur dengan penipuan melalui medium video.
Untuk kegunaan peribadi, aku memasang dua aplikasi suntingan video di PC - Adobe Premiere dan Corel Video Studio. Keduanya versi terkini 2023.
Selain itu ada juga Capcut di handphone sebagai tambahan dan kemudahan.
Ramai orang suka sebut "ini video edit" untuk bagitau video asal sudah dipotong atau ada tambahan. Itu ayat betul tapi proses buat itu mungkin mereka tak tahu!
Semalam dalam PC Prof Agus, Wahab ada cakap yang rakaman yang dia bagi dekat Mr H cuma video, tak ada audio. Itu boleh di set pada HP Apple. Itu pun boleh, tapi sebelum rakam mesti ada perancangan. Kalau kita tengah VC dengan seseorang tetiba nak rakam begitu memang tak jadi.
Video, sama ada tanpa audio atau dengan audio apabila masuk failnya ke dalam aplikasi suntingan, tetap kita boleh olah untuk asingkan semua sekali; sama ada split untuk jadi dua fail berasingan, atau tambahkan audio lain sebagai background, atau tambah music sebagai background music.
Apabila fail video sudah berada di timeline editing, pelbagai cara kita boleh gunakan. Potong, tambah, buat video menjadi herot, lajukan atau perlahankan dan akan menghasilkan output yang berbeza-beza.
Kombinasi suntingan secara online sama ada guna Canva atau HeyGen boleh menghasilkan segala bentuk output yang kita inginkan. Pengguna boleh masukkan raw material dan olah melalui online supaya versi asal video yang bersuara menjadi yang tidak seperti asalnya.
Aku dah pos beberapa contoh di FB ni di mana ada video yang dihasilkan dari sekeping gambar sahaja, dan melalui pergerakan tubuh orang lain yang dirakam boleh ditempelkan ke foto wajah seseorang yang kita mahukan ada pergerakan.
Sebab itu ada video yang kita lihat Jokowi bercakap Korea dan Arab, Dr Mahathir berucap dalam bahasa Arab padahal versi asal video berkenaan dalam English, PMX berucap dalam bahasa Korea. Semua boleh berhasil mengikut selera kita yang mengendalikan.
Aku view dua kali video Prof Agus itu untuk melihat titik permulaan suntingan dan kelakuan perubahan teknikal. Memang versi asal aku yakin video itu lengkap dengan audio. Cuma ketika scene beg itu diubah guna kamera depan, tukang reka itu dah buat onar. Cara editing sangat kasar dan tempo audio Prof Agus dah berubah. Ada ketika Prof Agus sedut rokok pun audio masih berjalan kerana tukang tidak cermat bekerja. Itu gagal dan kantoinya.
Hal yang beberapa pengulas tulis pasal asap keluar dari kepala itu nukilan versi masing-masing berdasar kepada viewing mereka. Tapi semuanya percaya video itu adalah gaul antara versi asal, versi suntingan serta versi yang dijanakan oleh suntingan online menggunakan aplikasi mungkin HeyGen!
Cuma sebagai layman atau orang biasa yang hanya reti tekan play dan gelak, lepas itu percaya seketul seketul apa yang mereka lihat adalah hal yang sangat penting kita asuh supaya mereka faham teknologi.
Zaman kini semua teknologi depan mata dan di tangan masing-masing. Tak seperti zaman aku menerbitkan video sebelum era milenium. Zaman PMX kena fitnah hanya ada format VHS, Super VHS, Betamax dan Betacam! Kalau rakam dalam VHS lepas dua kali suntingan, versi asal mengalami degrade yang sangat jelas. Kalaulah semasa Anwar Ibrahim kena fitnah kali pertama pada hujung 90an teknologi digital sudah berkembang luas, teknologi AI seperti kita makan nasi dengan ulam pegaga - aku rasa pelbagai video fitnah yang bermula. Dengan gambar tilam masam pun orang dungu boleh percaya apa lagi video AI kan na!
Percaya tak percaya ini semua bergantung iman seseorang. Ada yang percaya itu video rekaan tukang fitnah, tapi kerana kebencian mereka iye kan aja. Aku dah baca di beberapa group kumpulan yang meluat dengan Prof Agus, mengutuk dan mengejek pelbagai terkait Wahab dan main kote. Allah Allah.. Aib sungguh perangai Melayu kita.
Mana letak agama? Mana letak kefahaman bahawa Islam menentang gossip? Hanya meluat kat Agus kita pergunakan sosial media sekehendak dan sepuas hati dan nafsu sendiri?
Jangan begitu kawan...
Sekali lagi aku ingatkan diri dan sahabat semua, yang kita benar-benar telah masuk dalam era adduhaima' iaitu apa yang Nabi SAW sebut zaman fitnah yang gelap pekat. Sama ada anda sesat di dalamnya, atau anda berusaha keluar sedaya upaya dan bertaubat.
Sekali lagi aku tegaskan, aku tak akan kongsi video berkaitan fitnah. Yang aku ulaskan ialah bagaimana fitnah melalui teknologi itu dilakukan dan anda boleh terima. Kalau anda menolak, terpulanglah! Aku mau sahabat semua cerdik dan tak mudah dicalar oleh pemfitnah.
Sekian. Tulis panjang-panjang pun bukan orang suka. Orang suka tengok gelek dan gossip di TikTok saja.. kan? Hehe..
Baim 😎
Santai hujung minggu