NANTI KECOH KECOH BOLEH TALA PADA ORANG LEN PULAK. HUTAN SIMPAN PUN HANGPA TELOI HABIH ...JANJI POOOIHHHH

 

Sanusi beri ‘lampu hijau’ tanam Musang King di HSK Rimba Teloi





Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, berkata berbanding Gunung Inas rupa bentuk Hutan Simpan Kekal (HSK) Rimba Teloi tidak tinggi dengan jarak dengan kampung terdekat lebih dua kilometer.

PETALING JAYA: Projek ladang durian Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Rimba Teloi, Sik, diteruskan selepas mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), kata Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor.

Katanya, kerajaan negeri sudah menerima laporan itu daripada jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji risiko kejadian bencana alam seperti banjir dan aliran puing di hutan simpan itu.

“Saya baca laporan pada jawatankuasa yang ditubuhkan di Sik itu, mungkin ada risiko tapi kita harap tak adalah.

“Kalau ada EIA, pihak yang ada kepakaran sudah kaji. Jika ada risiko besar, mungkin tidak dibenarkan (laksanakan projek). Sudah ada EIA, jadi boleh tanamlah,” katanya menurut Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung kebimbangan projek tanaman berkenaan di HSK Rimba Teloi berisiko berulangnya fenomena kepala air seperti yang berlaku di Gunung Inas, Baling, pada 4 Jul.

Dalam itu, banjir dan kepala air dari Gunung Inas, mengorbankan tiga nyawa dan menjejaskan kehidupan lebih 800 mangsa.

Mengulas lanjut, Sanusi mendakwa, gambaran HSK Rimba Teloi, Sik digondolkan seperti laporan media sebelum ini adalah tidak tepat.

Beliau berkata, hasil pemantauan terkini yang dijalankan jawatankuasa terbabit, yang diketuai pegawai daerah Sik mendapati, kawasan berkenaan sudah dilitupi dengan tanaman tutup bumi.

“Pegawai daerah sudah tubuh jawatankuasa, sudah bawa pergi melawat semua tempat yang berisiko. Hutan simpan kekal Sik itu rupa buminya tidak tinggi macam Gunung Inas.

“Ia kawasan berbukit juga, tapi tak tinggi sangat dan jarak dengan kampung terdekat dalam dua kilometer lebih,” katanya.