NAJIB HANYA BERANI DI FB..SEMASA DIBENTANG DAN DITUDUH DIDALAM DEWAN RAKYAT DIA ADA ATAU DIAM MEMBISU..TU LA BEKAS PM FB..KAH..KAH

 


Loke pertahan keputusan PH bayar balik RM555 juta kepada LTAT






Bekas menteri pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata beliau telah
 menyelamatkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) daripada
 mengalami kerugian RM555 juta dalam bailout kerajaan.

PETALING JAYA: Seorang bekas menteri pengangkutan mempertahankan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membayar balik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) susulan dakwaan tindakan itu mengakibatkan kerugian berbilion ringgit.

Memetik isu kesahan, Loke Siew Fook berkata, tindakan menggunakan LTAT untuk mengambil alih dua syarikat konsesi, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd, bagi sistem penguatkuasaan automatik (AES) bermasalah memandangkan kontrak tidak dibuat melalui tender terbuka.

“Ini secara asasnya menswastakan peranan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada dua syarikat ini. Keseluruhan projek juga bermasalah dari sudut perundangan, kerana saman tidak boleh dikeluarkan syarikat swasta, bererti kesahannya akan dipertikaikan.

“Tidak benar bahawa LTAT dapat meraih sebarang manfaat daripada kontrak itu,” kata setiausaha DAP itu kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

Terdahulu hari ini, Najib Razak membidas dakwaan Loke bahawa PH telah menyelamatkan LTAT daripada kerugian RM555 juta dalam ‘bailout’ kerajaan.

Bekas perdana menteri malah mendakwa kerajaan PH telah menafikan keuntungan tahunan bagi LTAT yang mampu mencapai berbilion ringgit untuk tempoh jangka panjang. Menurutnya, pada 2018 saja kutipan saman berjumlah sehingga RM169 juta.

Ini susulan keputusan PH membayar semula LTAT yang pada mulanya membayar RM555 juta bagi mengambil alih konsesi AES untuk kesalahan memandu.

PH kemudian menjenamakan semula AES kepada Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas). Di bawah sistem ini, mereka yang memandu melepasi had laju dan melanggar lampu merah akan diheret ke mahkamah dan bukan sekadar dikenakan kompaun.

Loke turut menyoal Najib sama ada beliau merancang meraih lebih banyak untung untuk LTAT dengan mengeluarkan lebih banyak saman kepada orang ramai.

“Jika beliau berkata LTAT mampu meraih berbilion ringgit daripada projek AES, ini bererti kamu membenarkan LTAT mendirikan ribuan kamera di seluruh negara untuk mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya setiap hari.

Ads by Kiosked

“Adakah itu perancangan kamu (Najib), untuk mengeluarkan saman kepada orang ramai?” soalnya kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Pada Isnin, Loke memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau menyelamatkan LTAT daripada kerugian lebih RM555 juta dalam bailout kerajaan, selepas mencadangkan pembayaran semula konsesi berkenaan.

Katanya, rakan sejawatnya dalam Kabinet, Mohamad Sabu yang juga menteri pertahanan ketika itu telah bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Ketika membacakan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mengenai projek AES, beliau berkata, Najib telah mencadangkan LTAT mengambil alih AES daripada syarikat konsesi terlibat dengan harga RM555 juta.

Loke berkata, berlaku campur tangan politik di peringkat tertinggi, dan Najib cuba menggunakan dana LTAT untuk menyelesaikan masalah diwujudkan oleh kerajaannya.

No comments: