AHLI SILAP MATA VS BOMOH

 

EZRY  FAHMI





Ahli Silap Mata Vs. Bomoh

Negara saudara serumpun kita di seberang sekarang sedang heboh pertembungan antara Pesulap Merah bernama Marcel Radhival dengan seorang Dukun bernama Gus Samsudin.

Pesulap itu bahasa lain bagi ahli silap mata. Pesulap Merah ini dikenali beridentiti dengan pakaian serba merah, bahkan juga menggunakan wig atau rambut palsu dengan warna merah. Adapun perdukunan boleh juga difahami sebagai bomoh atau pawang (sedikit sebanyak berkongsi ciri yang sama). Gus Samsudin berpakaian ala-ala Ustaz, berserban atau songkok, dan berjubah.

Dari sudut pakaian luaran memang ramai lebih percayakan perwatakan Gus Samsudin. Setakat bacaan ringkas, Pesulap Merah dah lama membongkarkan trik magik para dukun. Cuma kali ini menjadi isu besar kerana Gus Samsudin juga adalah orang berpengaruh.

Umpamanya dalam proses menghalau atau membakar jin, lawak juga apabila Pesulap Merah membongkarkan beberapa trik yang digunakan oleh Gus Samsudin.

Description: 1️⃣Orang yang kesurupan (kerasukan) didakwa adalah pelakon semata di lokasi rawatan. Pelakon akan menyerahkan sebungkus kertas (seakan mengandungi potassium permanganate?) kepada Gus Samsudin.

Description: 2️⃣Gus Samsudin akan mengeluarkan jin daripada tubuh mangsa itu. Dia kemudian meludah dan berselawat ke arah dalam piring. Dan dalam piring itupun terbakar.

Description: 3️⃣Di dalam piring didakwa telah tersedia cecair (dinamakan Glycerin). Difahamkan akibat tindak balas kimia apabila Glycerin bercampur dengan potassium permanganate maka proses teroksida maka akan terbakarlah dalam piring tersebut.

Description: ❌Konon ludah, rupanya cecair Glycerin.

Description: ❌Konon selawat sampai terbakar jin, rupanya memang proses reaksi kimia atau pengoksidaan.

Menarik bila ditanya Marcel Radhival dalam satu wawancara tentang orang tak terima pun tindakan beliau yang dianggap lebih mencari publisiti: "𝒀𝒂𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒍𝒐 𝒈𝒂𝒌 𝒎𝒂𝒖 𝒅𝒊𝒕𝒐𝒍𝒐𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒌𝒆𝒃𝒐𝒉𝒐𝒏𝒈𝒂𝒏, 𝒔𝒊𝒎𝒑𝒆𝒍"

Kita sebagai penonton luar, tidaklah memihak mana-mana sangat, tetapi menarik melihat perkembangan di negara seberang ini dalam aspek membongkar isu penipuan dalam perbomohan. Nanti google jelah.

Isunya di Malaysia, ramai dukun/bomoh/pawang rasa mereka semacam berkuasa sebab jabatan agama negeri pun sendiri tak berani ambil tindakan (atas ritual mereka yang terang salah). Mereka ini berselindung di sebalik nama Perawat Islam.

Walaupun ritual itu kadang dibuat terbuka secara live streaming, umpama adegan berdialog dengan jin dalam bahasa Melayu atau sambil 'menurun' kerasukan hingga ada sambil bernyanyi-nyanyi (berqasidah). [Disclaimer: Jika anda perawat Islam yang bukan termasuk dalam kategori ini, dan rawatan diberikan selari dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah, maka tidak perlulah nak terasa dengan isu ini].

Di akhir zaman, jika kita dah tak boleh harapkan lagi pencegahan dan penguatkuasaan oleh pihak yang diberi kuasa dan tanggungjawab, hanya kuasa viral yang mampu sedikit sebanyak membantu menyelamatkan orang ramai daripada terus ditipu.

Harap Malaysia juga akan ada (telah ada beberapa pembongkaran sebenarnya) dan terus dibongkar penyelewengan para bomoh yang boleh memberi kesan kepada harta dan juga akidah orang ramai.

Saya akhiri dengan tagline popular: Kekuatan BOMOH penipu ini terletak pada huruf 'M'. Jika huruf 'M' ditukar kepada huruf 'D', bunyinya kan lain. Description: 😜

 

No comments: