Meluncurkan “Membaca Hamka Merawat Bangsa”
Meluncurkan karya “Membaca Hamka Merawat Bangsa” oleh Umar
Hasibuan di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia.
Saya menyinggung pelbagai perkara yang dikupas oleh Hamka dalam
karya-karyanya, terutamanya dalam Tafsir Al-Azhar, yang saya anggap sebagai
magnum opus beliau. Saya gesa anak-anak muda untuk mula menggarap karya penting
ini.
Menelaah karya tafsir Hamka menjadi suatu madrasah kerohanian
yang sangat mengesankan jiwa tatkala mendekam di penjara.
Saya berkesempatan menterjemah juzuk pertama tafsir beliau ke
dalam bahasa Inggeris.
Hamka bukan sahaja sosok yang menjadi kebanggaan rakyat
Indonesia, tetapi juga kebanggaan seluruh bangsa di alam kepulauan Melayu dan
Nusantara.