Siasat, hadap ke mahkamah kontraktor gagal siap projek di Sarawak - Abun Sui

 




Penamatan kontrak terhadap 18 kontraktor yang gagal menyiapkan projek di Sarawak sebagaimana diumumkan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas kelmarin, dialu alukan.


Namun menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abun Sui Anyit, penamatan kontrak tidak mencukupi dalam hal yang melibatkan pembaziran dana negeri.


Tegas Abun, audit forensik mesti dilakukan ke atas 18 projek itu dan sekiranya terdapat unsur unsur penyelewengan maka kontraktor tersebut mesti dihadap ke mahkamah sebagai pengajaran pada masa hadapan.


"Saya harap kerajaan bukan sahaja menamatkan kontraktor yang gagal dan melantik baru tetapi menjalankan audit forensik untuk semua projek yang gagal bagi mengelakkan punca kegagalan yang sama berulang pada masa hadapan.


"Selepas audit forensik, jika ada unsur rasuah mereka yang terlibat boleh dibawa ke mahkamah.


"Wang kerajaan atau rakyat selepas dibelanjakan oleh kontraktor tanpa pulangan kepada rakyat untuk projek yang gagal ini, tidak boleh dibiarkan lepas begitu sahaja," katanya.

Projek sakit perlu audit forensik

Menurut Abun Sui sekiranya tiada langkah tegas diambil, dibimbangi projek projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan GPS akan terus menemui kegagalan dan wang rakyat terbazir begitu sahaja.


"Bukan sahaja projek dalam laporan berita ini gagal tetapi banyak lagi projek kecil atau luar bandar hampir tidak dapat dilihat di lapangan, walaupun ia telah dijanjikan sejak bertahun-tahun yang lalu.


"Adakah projek kecil luar bandar ini sudah dibelanjakan peruntukannya tetapi projek itu tidak menjadi kenyataan?


"Jika semua MRP digabungkan dalam jumlah, jumlah wang yang dibelanjakan mungkin mencecah berbilion ringgit tetapi tanpa projek yang telah disiapkan," katanya lagi.


Justeru, Abun Sui menggesa Kerajaan Sarawak bangkit untuk melaksanakan langkah progresif menyiasat projek projek sakat di negeri itu dalam usaha membangunkan Sarawak.

No comments: