WOIII JANGAN PERASAN LA- MASA MANA PH AJAK PAS KERJASAMA..RAFIZI CAKAP AWAL LAGI-PH AWAI LAGI TOLAK KERJASAMA DENGAN PN.MANA BOLEH KERJASAMA DENGAN PENGKHIANAT..PAS SAJA NAK KERJASAMA DENGAN UMNO YANG DICOP KAPIAQ...KEH..KEH...BUAT TANGGUNG BEBAN ....

 

PAS tolak kerjasama politik dengan PH, kata Takiyuddin




Takiyuddin Hassan berkata PAS mengutamakan konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional dalam setiap langkah dan pendirian politik parti. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS menegaskan untuk tidak mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ia susulan kenyataan Pengerusi Pakatan Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang mahu parti pembangkang perlu mempertimbang untuk membuka semula pintu rundingan dengan PN bagi berhadapan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata keputusan itu dimuktamadkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam.

“PAS secara tegas tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan PH mahupun mana-mana parti komponennya dalam menghadapi PRU15, termasuklah cadangan konsep ‘khemah besar’,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, antara perkara lain yang dimuktamadkan dalam mesyuarat sama adalah PAS tetap mengutamakan konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional dalam setiap langkah dan pendirian politik PAS.

“PAS amat optimis pendekatan penyatuan ummah tersebut boleh dicapai melalui kolaborasi parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan Bumiputera kerana ia adalah formula paling berkesan serta diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.

“PAS mengambil pendekatan bersikap terbuka dalam mencari formula terbaik bagi mewujudkan kerjasama politik dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU15 demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini,”katanya.

Sebelum ini Muhyiddin Yassin berkata, semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam PRU-15 adalah Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.

No comments: