KEH..KEH..KEH...PAS MANA ADA ROH MELAYU KA ISLAM KA....DUDUK DALAM KERAJAAN TU MENUMPANG SAJA...ADA JAWATAN HAPA PUN TAK BOLEH BUAT...LEBONG KOSONG JA KUAT....DULU BUKAN PAS KATA UMNO KAPIAQ KA ?

 

ZAMAN HADI AWANG LAGI KOT..PAS DOK KAPIAQ UMNO...MALAH FATWA BELUM DI GUGURKAN PUN OLEH MAJLIS AGAMA...JADI UMNO NAK BUAT APA BERKAWAN DENGAN PAS...PAS PUN TAK KAN TAK ADA MARUAH MENYONDOL UMNO...WOIII SUDAH SUDAH LA...JANGAN PERASAN KUAT SANGAT....


Gerakan jatuhkan Umno-BN tak selari ‘roh’ Melayu-Islam dibawa PAS, kata Khairuddin





Muafakat Nasional antara Umno dan PAS adalah demi semangat ‘menjatuhkan PH’, yang dikatakan gagal mentadbir Putrajaya selama 22 bulan berkuasa, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali.

PETALING JAYA: Hasrat Bersatu bekerjasama dengan parti lain, termasuk Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak sejajar “roh” kerjasama Melayu-Islam yang dibawa PAS, kata seorang bekas pemimpin parti itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali berkata, hala tuju PAS telah diputuskan Majlis Syura Ulama sebelum ini dengan meletakkan PH sebagai lawan politik yang mesti dikalahkan.

“Kalau matlamat telah berubah kepada mengalahkan BN dengan bekerjasama bersama PH, itu adalah satu perubahan besar pada matlamat, pusingan 180 darjah.

“Terpulang pada PAS jika itu menjadi hala tuju baharu, tetapi bukan itu semangat daripada ‘roh’ kerjasama Melayu-Islam yang dikehendaki rakyat majoriti Muslim dalam negara ini,” katanya kepada FMT.

Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama itu turut mengingatkan kepimpinan PAS bahawa Muafakat Nasional antara Umno dan PAS adalah demi semangat “menjatuhkan PH”, yang dikatakan gagal mentadbir Putrajaya selama 22 bulan berkuasa.

Katanya, jika PAS memilih untuk berseteru dengan Umno, ia akan menyaksikan dua parti Islam terbesar itu terus “bertembung” untuk beberapa dekad akan datang, selepas “bercakaran” lebih 44 tahun sejak 1978.

Bekas menteri itu mengulas gesaan Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin semalam agar semua pimpinan parti pembangkang menimbang untuk membuka semula pintu rundingan dengan gabungan itu, jika masing-masing sepakat BN adalah musuh utama pada PRU15.

Muhyiddin dilaporkan berkata, rundingan itu pernah diadakan sebelum ini, khususnya selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor, namun tiada keputusan muktamad dibuat ketika itu.

Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin yang menyokong gesaan itu berkata, parti memusuhi BN wajar mempertimbangkannya bagi merangka strategi, khususnya memastikan satu lawan satu dalam meningkatkan peluang menang.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam pelawaan itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli tampil menegaskan PH menolak sebarang kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU15 kerana keputusan muktamad itu sudah dibuat menerusi mesyuarat PH pada Rabu lalu.

PN dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP). Kecuali Bersatu serta PAS, tiga parti dalam gabungan itu mewakili masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.

Khairuddin sebelum ini membidas strategi PAS menjalin kerjasama dengan Bersatu sebagai satu kesilapan. Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, Presiden Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalin kerjasama dengan Umno, bukan Bersatu yang disifatkan “parti kecil” dan hanya bergantung kepada kekuatan orang lain.

No comments: