STEVEN SIM
Team saya dapat info Pak Long, seorang warga mas berumur 63
tahun terpaksa berteduh di siang hari, tidur di malam harinya kat sebuah
pejabat surau dewan komuniti sebab dia tak mampu nak sewa rumah.
Ketika saya sampai di situ, Pak Long sedang tengok skrin
komputer usangnya. Dia terkejut lalu bangun tak menyangka kehadiran
"pengunjung bergelar YB" katanya.
Asalnya Pak Long orang Selangor, dan berhijrah ke Penang. Sebelum
ini Pak Long ambil upah kerja gerai roti canai, sehari dapatlah 25 ringgit.
Tapi sebab dia sakit masuk hospital jalani pembedahan, maka terpaksa berhenti
sementara.
Dulu dia sewa rumah dengan sikit duit kwsp yang ada, tapi la ni
semua duitnya dah habis. Atas ehsan pengurusan dewan komuniti, maka dia diberi
kebenaran tinggal di pejabat itu.
Sayu hati saya dengar Pak Long cakap pasal kisah hidupnya. Dia
kata dulu dia buat silap yang amat besar. Dia sakitkan hati ramai orang
termasuk keluarga sendiri. Tapi kini dia betul-betul nak bertobat.
Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tidak ada
gelora. Kita semua insan yang lemah dan memerlukan kekuatan Tuhan.
Takpa Pak Long, saya akan bantu Pak Long bangkit semula. Usia
tak menjadi penghalang kalau kita ada niat yang suci. Kita jalani kehidupan
yang baru mulai saat ini.
Saya bagitau Pak Long saya akan berusaha dapatkan rumah baru
untuk dia. Malam ini juga kita pindah keluar dari dewan pejabat itu. Tak usah
toleh ke belakang lagi. Tekadkan niat untuk jalani kehidupan baru. Rumah belum
ada kita pi tinggal di hotel berdekatan dulu.
Malam ini, Pak Long pikiaq pasal rancangan ke hadapan dan
tidurlah dengan selesa. Yang selebihnya saya akan usahakan.
(Ketika nak pindah tadi, komputer usang Pak Long tak bimbang,
saya kata kita amik besok, kita kunci pintu pejabat. Tapi Pak Long bertegas nak
amik kopiahnya. Duk cari merata, rupa-rupanya tertinggal kat basikal yang
parking tepi pejabat)
Doakan segalanya dipermudahkan.