PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN. SILA AMBIL PERHATIAN

  DS Anwar Ibrahim dan Sdr. Rafizi Ramli sila ambil perhatian. Dalam pemilihan kali ini, jelas Tian Chua ditolak oleh ahli Keadilan. Jika ahli parti sendiri pun tolak, apa peluang dia nak tambat hati pengundi di parlimen Batu?

Sdr. Prabakaran juga telah melakukan tugas yang baik sebagai MP. Seharusnya parlimen Batu kekal menjadi milik YB Prabakaran dalam PRU akan datang. Eloknya Tian Chua direhatkan terus dalam PRU kali ini.

Jangan tolak isyarat rakyat. Jelas rakyat, khasnya ahli Keadilan mahukan pemimpin yang berkaliber dan jelas pendirian. Jika Tian Chua dicalonkan di parlimen Batu, bagaikan mengundang kemarahan rakyat. Guane boh?

Raja Gelap

.
May be an image of 1 person and text that says "Free Malaysia Today 1d Walaupun kalah kepada Prabakaran bagi jawatan ketua bahagian Batu, namun Tian Chua yakin beliau akan kembali dinamakan sebagai calon PKR bagi kawasan Parlimen itu. i freemalaysiatoday.com Saya kalah tapi bukan dipinggirkan, kata Tian Chua"

No comments: