NAK MELAYU ISLE PERINTAH KAN ?

 

Mula-mula aku baca, suruh boikot beli ayam sebab harga mahal sangat. Kemudian ada pula berita suruh boikot e-hailing sebab harga mahal sangat. Macam tu je? Boikot je?


Bukan tak boleh. Bukan tak berkesan. Tapi kesan dari boikot bukan setakat kepada peniaga. Tapi juga kepada kita pengguna.


Nak boikot ayam, nak makan apa? Ikan? Rasanya ikan murah ke? Bila kita boikot ayam, automatik ikan akan naik harga.


Lagi kalau warga JB. Sudahlah mahal, ikan pun bukan yang terbaik. Sebab yang elok semua dah hantar ke Singapura. Kita warga JB biasanya dapat hang reject je.


Nak boikot e-hailing? Pun boleh. Tapi ada ramai yang pergi kerja naik Grab, misalnya? Mereka ni nak pergi kerja naik apa? Kereta sendiri? Parking siapa nak bayarkan? FOMCA? Jalan jem lagi. Ada banyak isu lain bakal menyusul.


Bagaimana pula dengan nasib pemandu e-hailing? Gara-gara nak ajar syarikat e-hailing, pemandu pula yang tak makan. Siapa nak tanggung? Siapa nak bagi mereka duit?


Sebab itu kita ada kerajaan. Untuk selesaikan isu begini. Kalau rakyat yang kena buat sendiri semua, kena boikot kalau naik harga, buat apa rakyat bayar gaji kepada menteri?


Setakat hari ini, apa yang kerajaan dah buat? PM tak habis buat pengumuman itu ini. Tapi tak ada penyelesaian yang tuntas. Sampai hari ini, rakyat masih lagi tertekan.


Ekonomi makin memburuk. Nilai tukaran mata wang kita pun semakin rendah. Itu membuatkan harga barang import semakin mahal. Termasuklah dedak ayam yang jadi punca ayam naik harga.


Apa penyelesaian yang kerajaan dah buat soal harga dedak ni? Bukan selesaikan isu ni, siap ada ura-ura nak hapuskan subsidi petrol RON95 untuk T20 dan M40 lagi. Apa tu?


Korang kata nak Melayu memerintah sangat kan? Haa sekarang, tanggunglah. Ada Melayu yang lebih cerdik berbanding menteri yang ada ni, tapi orang Melayu tolak sebab mereka tak main isu rasis.


Sekarang kalau nak boikot ayam, korang makanlah rasisme tu. Kalau nak boikot e-hailing, korang tunggganglah agama atau bangsa pergi kerja. Apa yang kita dapat adalah hasil daripada apa yang kita usahakan. Dah puas hati? Guane boh?


 

Raja Gelap



No comments: