HUSAM MUSA : Siapa Curi Balak Sebelah Konsensi Daulah Najah? Balak bernilai RM 5 juta siap ditebang secara curi.

Husam Musa - SILA KE LINK FB HUSAM MUSA UNTUK MENONTON VIDEO ATAU TEKAN VIDEO DIBAWAH AKAN TERUS KE LINK FB HUSAM MUSA

Siapa Curi Balak Sebelah Konsensi Daulah Najah?

Balak bernilai RM 5 juta siap ditebang secara curi.

Mengejutkan?

Tahniah pada SKUAD KHAS JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA berjaya MENYITA balak-balak berhampiran matau DAULAH NAJAH hari ini.

Semalam saya memuat naik foto-foto dan klip video timbunan balak.

Pembaca boleh melihat belum ada tape sitaan.

Kini saya paparkan foto-foto terbaru yang dirakamkan oleh Sukarelawan Save Kelantan lewat petang ini - 2 Jun 2022.

Pembaca boleh melihat dengan jelas tali sitaan di pasang ke atas timbunan-timbunan balak.

Dipercayai, balak-balak berharga mahal termasuk Merbau ini ditebang dari KOMPARTMEN 25, Hutan Simpan Kekal Nenggiri.

Betul-betul bersebelahan KOMPARTMEN 26, HUTAN DARA PERLINDUNGAN (VJR) yg kami dedahkan semalam.

Balak ini dianggar berjumlah 5,000 tan. NILAI RINGGIT DIANGGARKAN PALING KURANG - RM 5 JUTA!

Bagi membuktikan balak-balak ini berkemungkinan dicuri dari kompartmen 25 HSK Nenggiri, kami sertakan dua clip video rakaman drone yg diambil pada 30 Mei 2022 atau 3 hari yg lalu.

Ia menunjukkan dengan jelas Kompartmen 25 turut DIBERSIHKAN. Pada hal ia tidak termasuk dalam kawasan yg diluluskan kepada mana mana-mana pihak.

Kawasan diluluskan kepada Daulah Najah, seperti foto matau yg kami siar ulang hari ini, hanya meliputi Kompartmen 26, 29, 30, 40, 41, dan 64. Enam kompartmen. Tak termasuk Kompartmen 25.

Bagai mana Kompartmen 25 yg bersebelahan dengan Kompartmen 26 yang dimiliki oleh Daulah Najah ini dibalak?

Oleh siapa?

Pembalak Daulah Najah tak perasan ada orang curi balak sebelah kawasan kerja mereka?

Mereka tak buat laporan? Sehingga hampir semua balak telah ditebang.

Rakaman drone Save Kelantan mengenai pembalakan haram di kompartmen 25 dibuat pada 30 Mei 2022.

Pada waktu ini, jentera berat Daulah Najah sudah dikeluarkan.

Hanya balak yg telah dipotong tersusun di matau. Termasuk potongan balak pendek. Sila lihat foto disertakan.

Dahsyat. 'Rompakan' hasil mahsul bumi Kelantan yg memilukan.

Memandangkan balak-balak yg dipercayai dicuri ini TELAH DISITA, pihak berwajib perlu mengeluarkan kenyataan rasmi dengan segera.

Alhamdulillah squad Save Kelantan di lapangan siap sedia untuk memantau perkembangan selanjutnya.

Kami sertakan dua clip video rakaman drone bertarikh 30 Mei 2022. menunjukkan balak telah ditebang di dalam kompartmen 25. Juga rakaman video kayu-kayu pendek di matau bersebelahan kawasan kerja Daulah Najah Sdn Bhd.

Kita tunggu kenyataan pihak berwajib - Negeri dan Persekutuan.

Bersambung InsyaAllah.

Husam Musa

2 June 2022

#SaveKelantan #DEMIKELANTAN

#SelamatkanKelantan

0:00 / 2:18

+3