OOOOO...FAHAM FAHAM...CUMA 78 JUTA JA SETAHUN

 


Katanya belanja RM519 juta itu kos selenggara untuk 7 tahun. Lebih kurang RM78 juta setahun kalau betul pun. Berbaloi, katanya.

Persoalannya, perlukah semahal itu? Wang itu dari pembayar cukai. Dan kami bayar cukai bukan untuk lihat wang dibazirkan sebegitu.

Bila kantung negara kontang, laju nak tarik subsidi bagi T20. Sedangkan T20 yang banyak bayar cukai. Tapi duit dihamburkan sebegini rupa.

Adil ke? Kenapa tak jimatkan belanja yang sebegini sebelum tarik subsidi? Ini sampai sanggup nak kembalikan GST. Rakyat yang susah.

Lebih aku bimbangkan, kalau belanjanya jauh lebih murah. Tapi atas kertas ditulis RM519 juta. Yang selebihnya, jadi milik kroni.

Kalau ketirisan dan pembaziran dapat dihapuskan secara total di negara ini, berpuluh bilion ringgit dapat diselamatkan. Dan duit itu boleh disalurkan untuk membantu rakyat.

Tapi selagi BN yang berada di puncak kuasa, selagi itu penyelewengan dan pembaziran berleluasa. Sebab itu tolak BN kalau mahu negara sejahtera. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: