INNALILLAH- KEMBALINYA ABD RAHMAN TALIB AKA TULANG BESI KE RAHMATULLAH

 


JAMZURI ARDANI


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Sahabat saya Abdul Rahman Talib dikhabarkan baru meninggal dunia. Saya ada banyak kenangan bersama beliau. Tetapi, yang paling saya tidak dapat lupakan ialah ketika beliau tolong tumpangkan saya dan isteri ketika kami berada di Dubai pada bulan Mei 2016. Dia ambil kami di airport Dubai dan bawa kami ke apartmentnya. Kami bermalam di situ. Beliau sediakan makan minum kami dan tempat tidur kami. Kami menginap dengan selesa. Kami hanya transit sahaja waktu itu sebelum meneruskan penerbangan ke Chicago. Jika tidak kerana budi baiknya, kami tidur di airport Dubai malam tu.

Keesokan paginya sempat lagi dia bawa kami bersiar-siar di Bandaraya Dubai dan belanja makan pizza sebelum menghantar kami semula ke airport untuk penerbangan seterusnya.

Semoga Allah menerima amalan baiknya dan meletakkan roh almarhum di kalangan hamba-hambaNya yang soleh.

*Ini gambar saya bersama almarhum ketika menginap di apartment di Dubai.

 

No comments: