MANA TAHU ADA PELUANG NAK LEPAS PERBICARAAN.-KALAU PH MENANG MEMANG TAK LEPAS LEPAS LAH...

 

BN berisiko jika tangguh pembubaran Parlimen - Najib

Bernama
BN berisiko jika tangguh pembubaran Parlimen - Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan bahawa parti itu akan berdepan risiko jika masih menangguhkan pembubaran Parlimen. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan bahawa parti itu akan berdepan risiko jika masih menangguhkan pembubaran Parlimen.
Najib berkata perkara sama pernah dilakukan beliau yang menyaksikan sokongan kepada BN kian merosot dan akhirnya tewas buat kali pertama dalam sejarah parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.
Justeru itu, beliau tidak mahu nasib serupa menimpa BN yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada PRU15 memandangkan kerajaan sedia ada akan tamat tempohnya tahun depan
"Bilakah PRU15 diadakan? Saya tak pasti tetapi saya nak kongsikan perkara ini buat pertama kali dan saya nak mengaku kita sepatutnya buat PRU14 selepas Sukan SEA 2017, dan kemungkinan BN boleh menang besar tetapi kita tangguh dan bila tangguh, keadaan berubah," katanya ketika berucap di Konvensyen BN bersempena sambutan ulang tahun ke-48 gabungan politik itu di sini hari ini.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan pimpinan parti komponen lain.
Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, berharap Top Five UMNO akan berunding sebaiknya dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk PRU15 selain perlu memastikan Perdana Menteri dibantu untuk membuat keputusan dan pilihan tepat kerana risikonya terlalu tinggi.
Top Five merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri.
-- BERNAMA

No comments: