NEGARA JAKUN- MANA MAJU MACAM NEGARA LAIN ...NEGARA LAIN 2 TAHUN NAK PILIHANRAYA DAH MAKLUM...

 

Loke selar PM kerana kenyataan ‘flip-flop’ berkait PRU15






Loke Siew Fook berkata, Ismail Sabri Yaakob perlu tegas sebagai perdana menteri dan tidak terpengaruh oleh mereka yang ‘hanya bimbang tentang ‘survival; politik mereka’.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menyelar Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerana pendirian yang “tidak konsisten” berhubung kenyataannya mengenai pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Loke berkata, Ismail yang dipetik oleh Nikkei Asia pada Isnin berkata, PRU15 tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat, namun dalam ucapan di konvensyen Barisan Nasional (BN) semalam, beliau mengatakan tidak akan melengah-lengahkan pembubaran Parlimen walaupun sesaat jika gabungan itu telah bersedia.

“Namun dalam masa 48 jam sahaja, beliau telah menukar nada semasa berucap di konvensyen BN. Pokoknya perdana menteri perlu konsisten dan tegas dalam pendiriannya,” katanya di Facebook.

Loke turut mengingatkan Ismail bahawa keputusan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen adalah budi bicara perdana menteri

.Ads bKatanya, keputusan yang begitu penting itu tidak seharusnya dipengaruhi oleh pihak yang tidak berkaitan yang hanya mementingkan “survival” politik mereka.

“Sekiranya beliau benar-benar ingin menangani isu inflasi daripada memanggil pilihan raya dalam tempoh terdekat, maka sebagai perdana menteri beliau perlu mencari konsensus merentasi parti supaya seluruh fokus nasional menjurus kepada agenda membantu rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Loke menegaskan bahawaDAP tidak pernah bimbang untuk menghadapi pilihan raya yang diadakan pada bila-bila masa tetapi kenyataan dan mesej “flip-flop” hanya akan menimbulkan ketidakstabilan politik yang berlanjutan dan memudaratkan lagi keadaan ekonomi negara.

“Kami telah bersedia. Isu utamanya ialah perdana menteri perlu lebih tegas dalam pendiriannya,” katanya.


No comments: