USTAZ BERLAKON?

 USTAZ BERLAKON?


1. Hukum asal berlakon adalah harus 


2. Namun sekiranya “orang agama” yang ingin berlakon, maka ia perlu melepasi beberapa persoalan penting.


3. Kenapa  berlakon? – tujuan dunia atau agama? banyak kebaikan atau keburukan?


4. Plot penceritaannya membawa kebaikan atau keburukan atau senda gurau (lahw) yang tidak berfaedah


5. Merosakkan maruahnya atau tidak? sekiranya dengan berlakon akan merosakkan imej dan maruahnya, maka ia mesti meninggalkannya


6. Adakah ada perkara haram yang bersekitar dengannya seperti membuka aurat, pergaulan bebas, bersentuhan lelaki perempuan, meninggalkan solat dan lain2


7. Dengan niat berdakwah? Dakwah yang bagaimana? Ini perlu disemak, boleh jadi ia sahaja merasa demikian, tapi orang lain melihat ia jauh dari dakwah Rasul SAW.


8. Adakah ia termasuk dalam perkara syubhat, bahasa yang tidak sopan kepada khalayak, bahasa yang hanya sesuai untuk suami isteri dan lain2


9. Adakah ia membantu menaikkan imej agama atau menjatuhkannnya dek kerana netizen melihat ustaz ini pun buat, maka tiada kesalahan untuk kita melakukan hal yang sama. Seolah2 dia mewakili orang agama  yang lain (walhal tidak demikian)