Harry Lee, yang juga saksi pendakwaan ke-15, berkata, bayaran kepada Ahmad Zahid bermula akhir tahun 2014 dengan SG$200,000 sebulan kemudian meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.
Sebelum itu, apabila ditanya dalam soalan tambahan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, mengenai berapa kali beliau menghantar wang tunai dari 2014 hingga 2018, Harry Lee menjawab, ”Proses itu 70 peratus dilakukan oleh saya . . . 40 kali dalam tempoh empat tahun."