Ideologi tak sesuai, PAS tak mampu menang di Sabah, kata penganalisis

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Dua penganalisis politik berkata, PAS kurang diterima rakyat Sabah disebabkan masyarakat negeri itu yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama, tidak sesuai dengan ideologi politiknya.

KOTA KINABALU: Penganalisis politik berpendapat, PAS tidak mampu memenangi sebarang kerusi di Sabah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana ideologi politiknya tidak sesuai untuk negeri itu.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, buat masa ini, PAS kurang diterima rakyat Sabah kerana ideologi politik parti itu tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negeri berkenaan.

Oleh itu, katanya, langkah PAS baru-baru ini menyuarakan hasrat bertanding di Sabah pada PRU15 lebih kepada membina tapak dan menguji penerimaan rakyat di negeri itu.

Beliau juga menjangkakan sebarang rundingan kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PAS tidak akan membuahkan hasil kerana ia mungkin menolak penyertaan parti Islam itu disebabkan budaya politik berbeza, selain penolakan akar umbi Sabah sendiri.

“Selagi PAS kurang mesra dengan penyertaan parti bukan Islam, agak sukar untuk mereka diterima, walau apapun yang dilakukan atau ditawarkan mereka kepada pengundi di Sabah. Mungkin boleh (diterima pengundi Sabah) jika PAS mengubah pendekatan dan ideologi mereka, tapi impaknya tidaklah begitu kuat.

“Saya melihat PAS tiada kekuatan di Sabah, kalau ada pun mereka hanya bergantung kepada bendera Perikatan Nasional (PN) yang telah ‘beraksi’ dengan baik pada pilihan raya negeri lalu,” katanya kepada FMT.

Rabu lalu, PAS Sabah dilaporkan berkata, ia mengenal pasti kerusi yang diyakini boleh dimenangi pada PRU15 dan sudah melakukan gerak kerja masyarakat di kerusi terbabit.

Setiausahanya, Aliakbar Gulasan tidak menolak kemungkinan Sepanggar antara kerusi yang disasarkan dan perbincangan mengenai calon pilihan raya kini di peringkat akhir.

Sementara itu, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, PAS mungkin boleh mendapat sokongan daripada segelintir pengundi Islam, namun tetap sukar untuk pengundi bukan Islam.

Katanya, PAS Sabah juga perlu menetapkan pendirian serta kedudukan mereka terlebih dahulu, sama ada mereka bersama GRS, PN atau gabungan lain.

“Sukar untuk PAS bertapak di Sabah kerana persepsi rakyat di negeri ini yang melihat PAS parti ekstremis Islam, ini menjadi liabiliti kepada mereka (rakyat) terutama dengan kepelbagaian kaum dan agama di Sabah.

“Pada awal lantikan (Setiausaha PAS Sabah) Aliakbar sebagai ADUN dilantik, nampak seperti ada usaha untuk menjadikan PAS Sabah berbeza dengan Semenanjung, tapi lama-kelamaan usaha itu semakin sunyi atau mungkin kurang mendapat publisiti,” katanya.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Rakyat Malaysia Suka Barang Naik Ustaz Azhar Idrus medium