Penternak dedah punca sebenar ayam tiada di pasaran

 


Panas! Penternak dedah punca sebenar ayam tiada di pasaran


Just nak share, hari Sabtu dan Ahad ni banyak syarikat integrator besar yang “TUTUP REBAN MEREKA”.

Alasan mereka, ayam tak dapat saiz. Apa yang saya nak gelak guling guling, Menteri Nanta Linggi pi percaya.

Siap buat press statement lagi. Katanya, reban terpaksa direhatkan kerana ayam yang ada tak cukup sizing.

Nak kena rehatkan dua hari untuk besarkan ayam dari 1.1kg kepada 1.8kg.

Kalau orang biasa cakap, ku tahan lagi. Tapi bila menteri pi cakap macam ni.Ku tak leh bayangkan dah.

Takkan lah cuti dua hari, ayam boleh naik berat 700 gram. Belum pernah saya dengar lagi.

Penternak ini dedah 2 punca sebenar ayam tak ada di pasaran

Pada saya, yang “bercuti” dua hari ni bukan sebab ayam kecik sangat, bukan sebab cuaca panas sangat, bukan sebab ayam tak ada selera makan sangat. Ini semua auta ja.

Yang sebenarnya, persatuan penternak ni dah berpakat nak tutup 2 hari nak tunjukkan kepada kerajaan ini yang akan terjadi jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

1. Segerakan pembayaran subsidi. Semua penternak dan integrator rasa dah kena scam dengan kerajaan. Tuntutan dari bulan Februari dulu sampai sekarang tak bayar sesen pun lagi.

2. Nak kerajaan floatkan harga ayam base on demand and supply concept. Bukan limitkan harga seperti sekarang yang mana penternak dan integrator tertekan dengan kenaikan kos dedak tapi kos jualan masih sama.

Itu ja. Kalau dua benda ni dipenuhi awal sebelum ni. Percayalah.

Tak ada isu ayam tak selera makan.

Industri ayam ni dah berpuluh tahun di Malaysia. Saya dah ada dalam industri ayam selama 17 tahun.

Tak pernah lagi dengar reban cuti 2 hari satu Malaysia sebab cuaca panas ayam tak selera makan.

Mohd Firdaus Mat Saad