"Dalam kos kasar penternakan ayam, kira-kira 70 peratus atau RM1.70 adalah peruntukan untuk makanannya. Kos lain amat kurang, jadi sebab itu kita perlu lihat dulu apa kaedah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu membabitkan 70 peratus itu.
"Oleh itu, industri ini sedang kita bina. Soal tempoh sebenarnya bergantung kepada kebersediaan petani, berapa banyak pengeluaran kita dan kualiti produk yang kita hasilkan kerana cabaran di situ banyak.