Kami kecewa Menteri kecewa.
Ini tiada beza dengan sikap menyalahkan atlet Malaysia
seolah-olah mereka tak dapat tunjuk prestasi yang lebih baik.
Nak prestasi macam mana?
Bajet persiapan sukan kena potong hampir 80%.
253 atlet kena tamatkan elaun.
Yang masih dapat elaun ada yang sampai kena potong 60% elaun
mereka.
Saya dah warning sejak November 2021 bahawa tahun ini sektor
sukan kita akan merundum sebab kegagalan kepimpinan Menteri dan pemotongan
mendadak bajet sukan.
Kini terbukti kita mendapat pencapaian paling buruk di Sukan SEA
dalam 40 tahun.
Ramai dah bagi warning, Menteri buat tak tau. Sekarang dah
teruk, dia buat kecewa.
Menteri yang
amat mengecewakan!