SIAPA NAK PERCAYA PENGKHIANAT SEPERTI MAHYUDDIN DAN BERSATU NI LAGI? BUKTINYA PRN MELAKA DIHUKUM. PRN JOHOR PASTI AKAN DIHUKUM LAGI. PRU15 HIDUP SEGAN MATI TAK MAU JA LAH NANTI.



ABDULLAH MAT ISA


Begitu lemah cara Mahiaddin berfikir.
Sewaktu kerajaan PH utuh dibawah pimpinan Tun Mahathir, dia dikianati oleh pimpinan bersatu sendiri.
Dia berusaha menarik Tun bersama dalam kancah pengkianatan dengan menyokong kepada Tun sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan baru.
Tun menolak kerana jika ditubuhkan kerajaan baru ia harus menerima sokongan daripada kluster mahkamah dan en-block ahli parlimen BN.
Mahiaddin tahu bahawa Tun tidak akan menerima cadangannya untuk menjadi kan Tun Perdana Menteri kerajaan baru.
Mahiaddin tahu bahawa Tun akan kekal berprinsip.
Mahiaddin juga tahu bahawa inilah sahaja jalan yang ada untuk dia menjadi Perdana Menteri.
Malang nasib mahiaddin dia hanya mampu bertahan selama 17 bulan sahaja sebagai Perdana Menteri.
Sebagai mana dia kianat mandat rakyat begitu juga dia dikianati oleh umno yang dibayangi oleh kluster mahkamah ini.
Hari ini nada mahiaddin seperti dulu, seperti tahun 2016 dimana dia gagah berganding bersama Tun dengan Pimpinan PH yang lain berpadu tenaga menumbangkan BN pada PRU14 lalu.
Kali ini dia cuba ulangi tema yang sama setelah dia sendiri tersungkur kelumpur.
Tiada sesiapa yang akan menarik tangan nya lagi. Dia kini bersendirian melawan kluster mahkamah yang dulu menyokongnya mendirikan kerajaan Perikatan Nasional 17 bulan.
Sepak terajang mahiaddin tidak lagi menjadi, mentera dan jampi serapahnya sudah tidak ampuh malah dengan perlahan kini memakan diri.
Mahiaddin setuju menamakan Ismail Sabri sebagai PM dengan harapan Ismail Sabri mampu mempertahankan legasi wabak covid yang ditinggalkan olehnya.
Rakyat Johor adalah rakyat yang matang dalam menentukan arah politik dan pimpinan negeri mereka.
Yakin dan percaya bahawa rakyat johor akan menolak BN mahu pun PN kali ini. Kerana kedua dua parti ini lah menjadi punca negara kita gagal dan meletakan rakyat didalam kancah politik yang berpanjangan.
Dan kerana kedua dua parti inilah yang membawa bala politik ekonomi sosial kepada seluruh rakyat Malaysia.
Maka wajib rakyat Johor menolak calon dari BN mahukan PN. Dengan menolak keduanya maka sudah tentu ia akan menerbitkan sinar Harapan bagi kesejahteraan Negeri Johor dan Malaysia amnya.
Sekian.
Salleh Amiruddin.
12 Feb 2021
PASTIKAN RAKYAT JANGAN BERI 1 PELUANGPUN PADA PENGKHIANAT MANDAT RAKYAT.

No comments: