KELUAR UMNO MASUK BERSATU

 Panas! 30 ahli Umno isytihar keluar parti serta-merta masuk Bersatu di Mersing


Seramai 30 ahli UMNO dari dua buah cawangan di sini mengisytiharkan keluar daripada parti itu serta merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bermula hari ini.

Kesemua mereka yang rata-ratanya dalam kalangan golongan muda masing-masing terdiri daripada 15 ahli dari Kampung Baru Air Tawar dan 15 ahli Kampung Triang, di sini.

Borang keahlian penyertaan Bersatu diserahkan kepada Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Harun yang juga Ketua Srikandi Bersatu pada Majlis Ramah Mesra Bersama Jentera di Kampung Air Tawar, Endau.

Bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Triang,

AHMAD ASHRI OTHMAN

berkata, kesemua 15 ahli tersebut mengambil keputusan itu selepas hilang kepercayaan susulan isu semasa dalam UMNO yang hingga kini tidak selesai.

“Dengan isu semasa yang berlaku dalam UMNO mereka yang keluar parti ini jadi tidak minat dengan parti itu lagi.


“Tambahan pula kita dapati bekas wakil rakyat Endau di sini meskipun beliau melompat parti sebelum ini dan kini bersama Bersatu telah melakukan kerja terbaik membantu rakyat di sini,” katanya kepada pemberita pada majlis itu.

Bagi Ketua Pemuda PN Kampung Air Tawar, Mohd. Asni Hassan a berkata, seramai 15 ahli kampung itu mengambil tindakan itu selepas melihat banyak bantuan daripada pihak atasan parti tidak sampai kepada golongan bawahan sebaliknya hanya diterima kroni-kroni.

“Kami yakin dengan gerak kerja PN yang mengutamakan rakyat dan sentiasa turun padang mendekati penduduk. Tambahan pula bantuan diberikan PN kita dapati sampai kepada akar umbi berbanding UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib berkata, beliau merasa teruja dengan keputusan kesemua 30 bekas ahli UMNO itu yang masing-masing ikhlas bersama perjuangan beliau.

“Sebelum ini digembar-gemburkan pemimpin dan ahli Bersatu keluar dan masuk UMNO tetapi hari ini kesemua mereka ini semangat datang sendiri untuk menyerahkan borang keahlian dan menyertai PN.

“Saya amat terkejut namun saya hendak ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang membuka mata memilih PN. Apa yang berlaku ini menjadi kekuatan dalam diri saya sekali gus menguatkan PN dalam kalangan anak muda di Endau,” katanya.

No comments: