MUFTI INI TUJU KEPADA SIAPA ?



May be an image of text






MMMS


Saya tidak tahu Mufti ini tuju pada siapa bila kata pada "pemimpin-pemimpin politik Pakatan Harapan (PH)", kalau nak tuduh sesuatu, petik nama bagi jelas, jangan nak lempar batu sembunyi tangan dan hanya pandai bermain sentimen.

Mutfi juga tidak menyebut kes yang mana jadi saya andaikan ini adalah kes tentang Indra Ghandi dan bekas suaminya Ridhuan yang telah memeluk Islam dan bawa lari anak mereka.

Saya tak faham kenapa Tuan Mutfi obses sangat dengan PH, padahal masa Indra Ghandi failkan saman terhadap IGP, negara ini di perintah oleh Perikatan Nasional yang tuan Mutfi idamkan.

Dan kes ini juga bukan kes baru, ia bermula dari zaman BN di bawah pimpinan Najib Razak.

Negara kita ini ada undang-undang, jadi ikutlah saluran undang-undang.

Tahun 2016 lagi Mahkamah Persekutuan suruh IGP tangkap Ridhuan, sampai sekarang tak tertangkap, lepas itu apa salah pimpinan PH pula?

Bila Indra Gandhi saman Polis sebab tak tangkap bekas suami dia masa Oktober 2020 (ini masa Muhyiddin jadi PM), IGP, KDN masukkan saman pencelah nak batalkan saman tadi pada Januari 2021 (masih di bawah Muhyiddin lagi).

Pada Julai 2021 (masih di bawah Muhyiddin) , Mahkamah Tinggi tolak permohonan AGC batal saman Indra maknanya kes Indra Ghandi saman Polis ada merit.

Pada bulan yang sama, AGC rayu pula ke mahkamah rayuan untuk batal keputusan yang di buat oleh hakim mahkamah tinggi yang mana hanya akan di dengar di dengar pada April 2022 nanti.

Saya tak pasti adakah satu kesalahan polis kalau ada pemimpin PH yang tolong buat repot polis tentang kes ini padahal report polis adalah berpelembagaan.

Kalau hanya berapa pemimpin sahaja yang tolong buat laporan polis mungkin atas kapasiti peguam, tak adillah mufti pukul rata.

Betul kes melibatkan perbezaan agama adalah sangat sensitif dalam negara ini, tapi apa guna kalau mutfi yang pegang gelaran sahibus samahah ( yang memiliki sifat toleransi) hasut sana sini tanpa bagi fakta yang jelas.

Kita nak Islam di pandang tinggi di negara kita tak berguna kalau sembunyi fakta dan cherry pick issue. Dalam masa yang sama kita hendak mempertahankan aqidah anak tersebut, kita tak boleh juga nafikan hak ibu dia berjumpa dengan anaknya sebab itu mahkamah ada ruang

terbaik

untuk capai keputusan menang-menang bagi dua-dua pihak.

Kalau situasi yang sama di terbalikkan, adakah mutfi akan bising tentang hak dan keadilan?

Dari 2016 lagi dah ada literature review tentang benda ini "Akses Kepada Keadilan Dalam Komuniti Pelbagai Agama"

Baca balik keadilan baju besi antara Khalifah Sayyidina Ali r.a Dan Lelaki Yahudi.

Isu sensitif macam ini perlu di bawa di parlimen di di gubal undang-undang yang berkenaan sebab libatkan 2 set undang-undang sivil dan syariah.

Pindaan dalam 51 Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1976 (Pindaan 2004) juga perlu ada pindaan melihat pada kes pasangan yang islam dan bukan Islam.

Itu yang Dr Mujahid cuba buat dulu hendak selaraskan undang-undang syariah sebelum PH jatuh akibat pengkhianatan.

Tapi macam mana parlimen nak bincang bab selaras undang-undang syariah, di zaman kerajaan Melayu Isley, harga telur dan harga ayam pun tak boleh kawal. Bezanya tak ada orang meratib Islam terancam lagi macam dulu.

Tidak cukupkah lagi kerosakan yang telah berlaku di zaman kerajaan Melayu Isle yang awak dambakan, kini masih mahu menunding jari pada orang lain?

Bertakwalah tuan mufti, sesungguhnya adil itu menghampiri takwa sebagaimana ayat 8 surat Al-Maidah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan karena Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Karena (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

Wallahualam.