ORANG TIONHUA BIJAK DAN TAK AKAN BERI SOKONGAN PADA MCA

 

Jangan berharap MCA akan beri undi Cina, BN diberitahu




Pengundi Cina yang tidak mahu mengundi PH tidak akan sokong MCA, kata penganalisis politik.

PETALING JAYA: Walaupun kempen di Melaka begitu memberangsangkan di mana ia memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun MCA akan terus bergelut untuk memenangi undi Cina dan terpaksa bergantung kepada Umno demi kelangsungannya, kata seorang penganalisis politik.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

“Peranan MCA dalam kemenangan Barisan Nasional (BN) agak kurang penting, dalam erti kata bahawa gabungan itu tidak boleh mengharapkan MCA untuk memberikan undi Cina,” kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai prospek parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.

Beliau berkata, MCA mungkin berjaya di kawasan campuran terutama di mana terdapat pertembungan pelbagai penjuru di kalangan parti-parti politik Melayu walaupun ia adalah kerana undi daripada penyokong Umno.

Fauzi berkata walaupun sokongan masyarakat Cina terhadap DAP telah berkurangan sejak pilihan raya umum (PRU) 2018, namun ia tidak bermakna undi Cina akan beralih “beramai-ramai” kepada MCA.

Dengan MCA yang terpaksa bergantung kepada Umno untuk mendapat undi, Fauzi berkata BN mungkin mengambil semula beberapa kerusi majoriti Melayu yang pernah diberikan kepada MCA untuk ditandingi sebelum ini.

“Umno mungkin berdepan tekanan daripada penyokong tegarnya untuk menunjukkan kepada MCA siapa ‘bos’ mereka.”

Oh Ei Sun.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata kebergantungan MCA terhadap Umno bermaksud parti itu berkuasa dalam menentukan pengagihan kerusi.

“Sebanyak 42 daripada 56 kerusi DUN dirampas Umno dalam keadaan peratusan pengundi Cina yang tinggi di Johor telah menceritakan segala-galanya,” katanya kepada FMT.

Oh berkata beliau percaya BN telah “berputus asa” dalam usaha memenangi kerusi majoriti Cina dan akan menyerahkan kerusi itu kepada MCA.

“Saya percaya Umno mengintai kerusi campuran dengan populasi Melayu yang ketara. Bagi saya, MCA lebih kepada komponen ‘hiasan’ dalam BN.

Katanya, walaupun Pakatan Harapan (PH) mungkin melihat penurunan sokongan kerana peratusan keluar mengundi yang lebih rendah dan kekecewaan sesetengah pihak yang mengundi mereka sebelum ini, ia tidak semestinya memberi manfaat kepada MCA.

“Pengundi Cina yang tidak mahu mengundi PH tidak akan sokong MCA. Walaupun keluar mengundi, mereka mungkin akan mengundi MUDA atau Warisan.”

No comments: