BUKAN UMNO DAN NAJIB KALAU TAK TIPU=SEKARANG NAJIB TUNGGU MASA KE PENJARA






Bukan UMNO kalau tidak tipu..
Spin Najib Razak yang paling berjaya adalah ‘isu’ Tabung Haji sehinggakan ramai yg percaya hingga sekarang. Saya rasa inilah yang menjadi punca paling utama kebencian terhadap PH mencapai tahap begitu tinggi
Ya topik ini kompleks & Najib telah ambil kesempatan itu untuk memanipulasinya kerana waktu itu, PH sedang membongkar apa yg dilakukan NR & konco2nya kpd TH
Maka dia mainkan retorik ‘PH jual asset Melayu Islam’. Tanpa memahami secara mendalam, ramai percaya & marah
Siapakah yg menjahanamkan TH sebenarnya? Saya cuba memudahkan penerangan
Walaupun TH menunjukkan keuntungan operasi drari 2013-2017 tapi rizabnya NEGATIF & di bawah Akta TH 1995 22(3): TAK BOLEH ISYTIHAR HIBAH
Keuntungan tak termasuk kerugian atas kertas/susutnilai pelaburan
Akan tetapi, demi persepsi, TH telah melanggar akta tersebut & mengisytiharkan hibah yg agak tinggi setiap tahun, membuatkan rizabnya semakin parah
Sebab2 Rizab Negatif? Antaranya:
a) Pegangan saham jatuh merudum. >100 saham TH telah susut melebihi RM7b pada hujung 2017
b) Kerugian2 anak2 sykt. Contoh: TH Hotels rugi RM8j/tahun
c) Ladang2 yg tak membawa pulangan antaranya kerana unjuran kawasan boleh gunapakai melebihi realiti & dibeli melebihi harga pasaran
d) Aset2 yg tak mendatangkan hasil spt tanah TRX yg dipaksa beli drp 1MDB
Apa langkah2 PH?
Hanya SATU cara
Memulihkan Penyata Imbangan TH supaya Rizab kembali POSITIF dengan menjual pelaburan2 rugi (atas kertas) & aset2 yg merugikan atau tidak memberi hasil kpd TH. Dan dijualkan kepada SPV milik kerajaan yg kemudiannya ambil tindakan seterusnya
Fakta penting di sini ialah SPV telah membebaskan TH drp aset2 rugi / tak perform pada harga BELI & bukan nilai saksama yg sudah susut berbillion ringgit
Dianggarkan pegangan saham sahaja TH dapat kembali sekurang2nya RM7b
Memanglah mula2 hibah terpaksa diisytihar rendah bagi melaraskan kadar hibah dgn keadaan sebenar TH
(lihat gambar)
Langkah ini:
a) Membolehkan TH bayar Hibah secara SAH
b) Menyerap kerugian2 TH oleh SPV dgn kos RM 20b drp kerajaan untuk memulihkan TH yg telah dirosakkan dari 2013 hingga 2017
Inilah hasil usaha2 PH. Telah disahkan Ketua Audit Negara baru2 ini. (lihat gambar)
Setinggi2 terima kasih kpd Mujahid Yusuf Rawa & Lim Guan Eng
Tapi malangnya, yg menjahanam dipuja & yg menyelamat dikutuk, Najib siap troll lagi (lihat gambar)
Begitulah dasyat permainan persepsi & fitnah terhadap PH
Iktibar:
1. Kaji & selidik dulu sebelum buat komen atau kritikan
2. Janganlah membuat keputusan berdasarkan kebencian (subjektif). Jadilah objektif
3. Jangan percaya sgt segala spin Najib tu
FB : Fakta Untuk Rakyat



 

No comments: