MASJID PERLU BEBAS PENGARUH POLITIK, TITAH SULTAN HARUS DIJUNJUNG

 

Alhamdulillah dasar Masjid semasa pemerintahan PH adalah berlandaskan kepada konsep Ramah Aman Harmoni Mesra Aman dan Hormat atau singkatannya RAHMAH.

Kami telah melancarkan program Masjid RAHMAH di peringkat Persekutuan dan telah meyakinkan negeri-negeri betapa perlunya konsep ini dilaksanakan segera.

Sedari awal, Parti Amanah memahami bahawa Masjid perlu bebas politik kepartian dan menjangkau sebarang kepentingan kelompok dan puak.

Sebarang keterikatan puak atau kumpulan perlu ditinggalkalkan di luar pintu masjid.

Rumah Allah adalah tempat kita menyebut nama Allah dan sebarang aktiviti adalah untuk menyemai ketaqwaan serta kasih sayang sesama umat dan sesama insan.

Kebencian sesama umat Islam dan antara agama serta kaum dalam banyak hal disemai oleh sesetengah pihak melalui kuliah dan mimbar khutbah atas dorongan kepentingan politik.

Fitnah terhadap kebaikan yang diusahakan dicanang melalui kuliah-kuliah yang memakai wajah tokoh ‘ulamak’ dan para ustaz untuk meyakini pendengar.

Parti politik yang membolot nama Islam pada dirinya sahaja mendapati masjid dan surau tanah yang subur mengglakkan agenda politik mereka sekaligus menyebarkan kebencian sesama umat Islam dan rakyat secara umum.

Mereka adalah para penunggang agama yang jijik.

Pihak MAIS juga perlu mengambil tindakan tegas kepada Masjid dan Surau mahupun kenyataan individu yang tidak menghormati keputusan ini.

Golongan tegar ini seolah memekakkan diri kepada perlunya masjid menjadi tempat kesatuan umah khususnya dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Saya juga ingin menggesa Menteri Agama hari ini supaya terus memperjuangkan Masjid RAHMAH yang telah kami mulakan sejak 2018 bagi membersihkan masjid dari unsur politik kepartian.

Saya turut menggesa Menteri Agama dan Menteri-Menteri lain tidak menggunakan mimbar kuliah dan khutbah Jumaat atas kapasiti mereka kerana ia akan menjejaskan nama baik institusi

Masjid yang perlu dilihat bebas politik. Menteri Agama sepatutnya menyediakan dasar bukan berkhutbah mahupun berkuliah untuk platform politik.

Junjung Kasih ke hadapan DYMM Tuanku Sultan Selangor atas ketegasan ini dan patik mendoakan atas hikmah dan bijaksana Tuanku Masjid-masjid kekal memenuhi kehendak Syariat Islam supaya menjadi lambang Ketaqwaan dan Kesatuan Umat Islam sekaligus memakmurkan negara tercinta, Amin.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

Pengerusi PH Perak

30 Dis 2021.