BANJIR dan KAYU BALAK.




SAMSUDIN NAWAWI


Gambar dan video boleh edit, tapi apa yang kita nampak di mata sendiri terutama oleh orang yang berada ditempat kejadian atau yang menjadi mangsa kejadian tidak boleh edit.

Keadaan sebelum, semasa dan selepas kejadian juga kalau direkodkan melalui gambar dan video juga boleh di edit.

Itu lah dunia media baru atau media sosial.

Di sini lah letaknya pertembungan dua pihak. Satu pihak yang menuduh dan satu pihak lagi yang mempertahan.

Yang menuduh ada hujahnya dan kalau yang mempertahan tersalah hujah balasnya, maka persepsi awam akan berpihak kepada yang menuduh.

Kita sebagai orang yang di luar gelanggang hanya boleh memerhati, mendengar dan membaca jawapan terutamanya oleh pihak berkuasa negeri.

Kini penafian ialah apa yang hanyut itu balak. Kata mereka itu kayu2 yang tercabut yang dihanyutkan oleh kepala air yang deras. Tapi ada pula gambar kayu itu dipotong mcm kerja gergaji. Ada juga yang kata kayu kecil2 itu bukan balak. Itu debris. Kalau debris, datang mana debris itu? Dari kawasan pembalakan atau dari kawasan pembersihan (clearing) hutan? Kedua2 itu perlu kelulusan kerajaan. Kalau tiada kelulusan, itu haram. Kalau haram kenapa selama ini dibiarkan?

Jawapan mengatakan pemantauan drone telah menunjukkan tiada penebangan hutan. Berapa jauh drone itu boleh dikendalikan dari tempat beradanya remote monitor? Adakah laporan melalui drone itu conclusive sehingga tidak menunggu lagi untuk mengeluarkan statement?

Sudahnya kita dihidangkan dengan laporan drone yang berbeza dari pihak lain terutamanya pihak yang pergi sendiri ke tempat kejadian.

Tapi apa yang dibentangkan dibawah ini, secara tersurat dan tersiratnya ada lah pengakuan bahawa yang hanyut itu adalah kayu balak.

Kredit : https://m.facebook.com/story.php...

Notis Awam Mengenai Kayu Tak Dituntut telah ditampal di kawasan berhampiran Jambatan Sri Telemong pada hari ini. Mana-mana pihak yang ingin menuntut hak keempunyaan ke atas kayu-kayu balak tersebut bolehlah berbuat demikian sebelum atau pada 11 Januari 2022.

Manakala notis di dua lokasi iaitu di Sungai Perdak dan Sungai Temeriak akan ditampal pada esok, 31 Disember 2021.

Kerajaan Negeri dan pihak penuntut adalah tertakluk kepada Seksyen 77 Akta Perhutanan Negara 1984.