BUKA PONDOK PUN BOLEH SAJA USTAZ...

 

Panas! Pemimpin Pas tempelak tindakan MAIS tarik balik tauliah mengajar agama kepada orang politik



Panas! Pemimpin Pas tempelak tindakan MAIS tarik balik tauliah mengajar agama kepada orang politik

Pemimpin PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani menyifatkan langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik serta menamatkan tauliah mengajar kepada aktivis politik hanya melebarkan lagi jurang di kalangan umat Islam.

Malah, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, tindakan sedemikian hanya akan memecahbelahkan umat Islam selain mengembirakan musuh.

“Jurang sesama mukmin ini semakin melebar dan umat Islam semakin tidak menyatu apabila tindakkan seumpama ini di lakukan.

“Rahmat Allah tidak akan turun di kala tiada kesatuan di kalangan mukmin.

“Yang nyata musuh-musuh umat Islam bergembira di atas perbalahan di kalangan sesama mukmin,” katanya kepada Malaysiakini.

Dusuki, yang pernah mendapat tauliah mengajar daripada Mais, mengulas langkah Selangor menarik balik tauliah mengajar agama untuk aktivis politik.

Semalam, Mais mengumumkan, tauliah itu ditarik balik berkuat kuasa 31 Dis.

Pengerusi Mais Abdul Aziz Yusof, berkata keputusan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, agar Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, terutama di masjid dan surau.

Bagaimanapun, exco agama Islam Selangor masih boleh menyampaikan pengajaran dengan syarat tidak menyentuh hal berkaitan politik.

Mengulas kesan penamatan tauliah itu kepada kepimpinan PAS yang dilihat paling terkesan, Ahmad Dusuki yang juga pendakwah bebas berkata apa yang berlaku itu hanyalah ujian dari-Nya.

Namun, Ahmad Dusuki berkata dalam dunia serba canggih hari ini pelbagai cara dapat dibuat bagi menyampaikan dakwah.

“Setiap ujian dan mehnah ada pahala yang Allah sediakan.

“Kerja-kerja dakwah tetap jalan dengan banyak cara yang ada di zaman teknologi ini. Semuanya di nilai di sisi Allah SWT,” katanya.

Politik Islam lwn politik sekular

Mengulas lanjut langkah penamatan tauliah itu, Ahmad Dusuki berkata Mais seharusnya memberikan fokus ke arah mengimarahkan rumah-rumah Allah agar umat Islam tidak terus menjauh.

“Bagi kami, fokuskan ke arah pengimarahan masjid di musim pendemik yang melengangkan masjid semenjak dari dua tahun kebelakangan ini dari menjauhkan masyarakat dekat kepada Allah.

Dia juga menjelaskan terdapat perbezaan antara politik islam dan politik sekular.

“Kena ada perbezaan antara politik Islam dan politik sekular, (kena ada perbezaan antara) politik yang diajar oleh Rasulullah SAW dan politik yang diajar oleh musuh.

“Politik Islam ajarlah kepada masyarakat,” katanya.