Kita gelakkan menteri yang berlakon acah rajin tolak air dan
tembak lumpur. Tapi kita kena tanya kenapa ada menteri yang buat perangai
begitu.
Jawapannya, sebab itu yang rakyat mahu lihat! Cuba tengok
bagaimana rakyat hargai para menteri yang berjaya stabilkan harga barang?
Tiada!
Rakyat nak tengok menteri turun padang, buat kerja manual
walaupun itu bukan tugas hakiki menteri. Biar menteri gagal dalam menjaga
kebajikan rakyat.
Cuba lihat pentadbiran PH sebelum ini. Rakyat tak sebut tentang
harga petrol RON95 yang dihadkan kepada RM2.08 pun. Sedangkan sebelum itu harga
petrol boleh melambung sampai hampir RM3.
Juga rakyat tak sebut tentang harga tol yang telah turun
sebanyak 18%. Yang disebut tak sudah RM30. Sedangkan itu hanya penggalak
transaksi atas talian yang mana sangat berguna ketika PKP.
Memanglah janjinya tol percuma tapi 18% adalah permulaan. Janji
akan ditunaikan dalam 5 tahun. Salahkan pengkhianat yang curi kerajaan sebelum
janji dapat ditunaikan sepenuhnya.
Berbalik soal asal, minda sesetengah rakyat negara ini terutama
orang Melayu gagal memahami tugas menteri. Mereka fikir menteri ni macam
penghulu.
Maka tak hairanlah kalau orang dungu seperti Tajuddin Rahman dan
Nazri Aziz masih mampu menang PRU walaupun perangai macam pelawak.
Sebab mereka ini walaupun gagal dalam dewan, mereka tak gagal
hulur bantuan berbentuk wang ringgit ketika rakyat susah mahupun masa tak susah
(faham-faham la maksud ayat ini).
Sebuah undang-undang, akta, dan enakmen tidak beri erti buat
rakyat. Yang mereka mahu lihat muka menteri. Kalau ada beras dan kain pelikat
akan dikira bonus. Kalau beri tunai itu lagi bagus.
Minda songsang rakyat yang ini yang perlu kita perbetulkan
dahulu. Kena didik rakyat yang kerja menteri adalah membuat dasar. Bukan tolak
lumpur atau sembur water jet.