GAGALIS: AYAM PUN TAK BOLEH NAK SELESAIKAN..KAH..KAH...KAH.....MEMANG CAP AYAM...CAP AYAM

 

Kerajaan gagal import ayam beku kerana kosnya lebih tinggi, kata pengeluar ayam

Kerajaan telah gagal untuk menurunkan harga ayam di pasaran dengan cara mengimport ayam sejuk beku apabila harga ayam di luar negara lebih mahal dari harga ayam tempatan.

Menurut sumber, bekalan ayam di luar negara juga tidak mencukupi di samping harga penghantaran yang tinggi serta nilai Ringgit Malaysia yang lemah.

Perkara ini dimaklumkan dalam mesyuarat antara para pengeluar ayam utama di negara ini beberapa hari lepas.

“Kebenaran pengimportan ini hanya akan dibenarkan dari negara dan loji penyembelihan yang telah diluluskan oleh kerajaan,” menurut kenyataan dikeluarkan MAFI itu lagi.

Ekoran itu, kerajaan melancarkan harga Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang berkuatkuasa pada 1/1 – 4/2/2022.

“Tindakan ini dibuat tanpa merujuk kepada mana-mana persatuan. Atau mana-mana penternak. Harga yang diberikan adalah dibawah kos penternak, pemborong dan peruncit,” kata sumber itu yang turut menyertai mesyuarat pengeluar ayam secara online itu.

Mesyuarat itu juga bersetuju, jika kerajaan masih berkeras dengan harga yang ditetapkan, semua pengeluar ayam akan mengurangkan pengeluaran ayam masing-masing secara perlahan-lahan sehinggalah harga kawalan ini diberhentikan.

“Ini kerana ramai yang sudah tidak mampu menanggung kerugian atas kenaikan kos pengeluaran dan kos operasi,” kata sumber itu yang merupakan seorang pemimpin sebuah syarikat pengeluaran ayam.

Mesyuarat juga membincangkan tentang adanya syarikat besar yang menjadi dalang untuk melingkupkan syarikat kecil.

Mereka akhirnya, akan memonopoli industri ayam dengan pihak kerajaan memudahkan proses mereka, kata sumber itu.

Mereka turut mencadangkan, jika harga ayam hendak dikurangkan di pasaran, kerajaan perlu memberikan sabsidi kepada penternak sebagaimana mereka memberikan harga sabsidi kepada minyak pek plastik.