Aliran memuji tindakan berani dan berprinsip oleh Dr Edmund
Terence Gomez yang meletak jawatan selaku panel konsultasi dan pencegahan
rasuah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau meletak jawatan selepas merasakan ahli panel lambat dalam
mengambil tindakan tegas terhadap tuduhan melibat ketua SPRM.
Terence mengatakan bahawa laporan dalam sebuah laman web
menimbulkan persoalan yang cukup mengganggu berkaitan “hubungkait di antara
perniagaan dan penguatkuasaan undang-undang” serta “percanggahan kepentingan”
melibatkan pegawai tertinggi SPRM. Ia juga menimbulkan persoalan sama ada ketua
SPRM sudah “mengisytiharkan pemilikan saham korporatnya seperti yang diperlukan
oleh undang-undang”.
Ahli ekonomi dan politik ini menyatakan bahawa ia sesuatu yang
mengejutkan dalam memetik beberapa laporan di mana bekas ketua pesuruhanjaya
SPRM ini juga terlibat dengan keadaan percanggahan kepentingan.
Kelambatan SPRM dalam mengambil tindakan sungguh mengesalkan. Ia
memperkuat lagi tanggapan bahawa suruhanjaya ini tidak berminat dalam
memastikan kebenaran serta kebertanggungjawapan jika wujud pertuduhan
melibatkan mana-mana pegawai atasannya.
SPRM sepatutnya tidak berdiam diri terhadap tuduhan yang dilaporkan
ini. Ia sepatutnya bertindak cepat, dan mereka yang dituduh hendaklah
disarankan bercuti sehingga penyiasatan selesai.
Justeru, sebuah penyiasatan perlu dijalankan secara mandiri.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
Namun, jika pegawai atasan agensi pencegahan rasuah itu sendiri
yang dituduh terlibat, bagaimana kita kemudiannya dapat menyiasat agensi itu?
Kami mencadangkan agar SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa
Parlimen berbanding kedudukan semasa di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia bagi
membenarkan jawatankuasa terpilih, melibatkan wakil rakyat yang diundi, untuk
memantau prestasi suruhanjaya serta memastikan pegawainya bertanggungjawab
kepada orang awam.
Kita perlu memastikan SPRM benar-benar bertanggungjawab sebagai
langkah penting bagai memastikan perlawanan terhadap rasuah dapat diteruskan.
Tambahan lagi, proses pemilihan ketua SPRM hendaklah tidak ditinggalkan kepada
perdana menteri semata-mata. Langkah pemilihan hendaklah diubahsuai.
READ MORE: 12 tahun kematian Teoh Beng Hock:
Keadilan yang tertunda adalah ketidakadilan
Awal tahun ini, Bersih mencadangkan enakmen melibatkan lantikan
pegawai awam serta undang-undang bagi mengawasi sebarang pelantikan ketua
pegawai di jabatan atau agensi peringkat persekutuan seperti SPRM. Ia
sepatutnya dikuatkuasakan terus bagi memastikan kebertanggungjawapan, ketelusan
serta kebebasan.
Ironinya adalah apabila PM pada awal bulan ini menganugerahkan
barisan kabinetnya dengan markah 90%. Jelas, bahawa kenyataan ini cukup
menyimpang. Beliau sepatutnya menjelaskan bagaimana beliau memberi markah
kepada dirinya sendiri, melihat kepada keadaan semasa melibatkan suruhanjaya
yang diselia terus di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diketuainya.
Ahli Jawatankuasa Aliran
28 Disember 2021
Terjemahan oleh: Zikri Rahman