Walaupun Sajat ditangkap Imigresen Thailand, sukar nak bawak balik Malaysia, dedah sumber

 

Panas! Walaupun Sajat ditangkap Imigresen Thailand, sukar nak bawak balik Malaysia, dedah sumber


Usahawan kosmetik Nur Sajat dilaporkan ditahan oleh imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan itu dikatakan dibuat selepas Thailand mendapat maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia berkaitan keberadaan Sajat di Bangkok.

Memetik sumber, Harian Metro melaporkan, Sajat, 36, ditahan di sebuah kondominium mewah bersama seorang transgender warganegara Thai.

“Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

“Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya.

“Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.

“Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia,”

Menurutnya, Sajat ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen dan didakwa di mahkamah pada 9 September.

Dia bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh kenalannya.

Dia bagaimanapun diarah melapor diri kepada pihak imigresen Thailand setiap 14 hari.

Menjawab soalan wartawan, sumber memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding untuk membawa pulang Sajat bagi menghadapi perbicaraan di mahkamah syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita pada tahun 2018.

“Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang.

“Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya,” sumber dipetik sebagai berkata.