NI PENDAKWAH APA NIH-Diana buat pengakuan terbuka jadi mangsa gangguan seksual ustaz popular

 


Panas! Diana buat pengakuan terbuka jadi mangsa gangguan seksual ustaz popular

 


Menerusi program bual bicara Analisis Finaz Yunus, seorang wanita dikenali sebagai Diana (bukan nama sebenar) membuat pengakuan telah menjadi mangsa jenayah seksual kepada seorang pendakwah terkenal.

Dalam wawancara itu, ‘Diana’ mengaku menghubungi pendakwah berkenaan untuk bertanyakan mengenai masalah yang menimpa dirinya. Namun, dia didakwa diajukan soalan lucah menyebabkan dia berasa teraniaya.

Lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan mendakwa suami dan ahli keluarga tidak mempercayainya apabila dia menceritakan perkara yang terjadi.

Mengulas kepada pendedahan tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laporan Utusan Malaysia meminta wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual berkenaan tampil membuat laporan polis.


No comments: